Rabu, 11 Julai 2012

KOMPLEN ORANG BESAR, KOMPLEN ORANG KECIL

Berbudibicara Janganlah Sampai Menyusahkan Orang Lain Pula..


[GAMBAR HIASAN]

SEORANG jiran saya menjalankan perniaga ayer batu kiub. Dia memiliki lori sendiri dan menjualnya dari kedai ke kedai, gerai ke-gerai, restoran dan pasar-pasar selain membekalkan bahan tersebut kepada penduduk setempat yang memerlukannya. Satu-satunya anak muda melayu yang masih bertahan dalam perniagaan itu di pekan kecil ini. Saya bangga dengan kecekalannya.
            Suatu petang dia meluahkan marahnya kepada saya terhadap pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan  ke atas peniaga-peniaga tumpangan yang berniaga di tepi-tepi pasar di  tempat petak letak kereta sehingga menghalang orang ramai menggunakan kemudahan awam tersebut.
            Menurutnya, beliau menghadapi kesukaran untuk menghantar ais kepada peniaga-peniaga dalam pasar berikutan lorinya tidak boleh  merapati bangunan pasar.
            "Banyak kali dah bagi tahu kepada pihak terbabit supaya mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan kerana ia menyusahkan pengguna lain tetapi tiada sebarang tindakan yang dibuat mereka" katanya dengan nada kesal.
            Memang betul dakwaannya, setiap kali saya ke pasar memang sukar nak meletakkan kenderaan kerana sebahagian besar petak-petak yang dikhaskan sebagai tempat letak kenderaan telah dipenuhi peniaga-peniaga tersebut.  Mereka ini entah ada lesen berniaga atau tidak, belum tau lagi!
            Kerana memikirkan isu itu tidaklah begitu serius, jadi saya katakan kepadanya supaya jangan ambil hal sangat perkara-perkara seperti itu terutama di sebuah pekan kecil. "Bertolak ansurlah, masing-masing nak cari makan", saya cuba melarikan dia dari masalah itu tetapi disanggahnya saranan saya itu dengan nada yang agak tinggi serta berwajah geram.
            Rupanya dia asas untuk marah. Maaf kata, kalau orang kecil komplen pihak berkuasa buat-buat tak dengar, tapi kalau orang besar yang komplen tindakan akan dibuat serta merta. Itulah point yang menyebabkan jiran saya itu naik angin.
            Kemudian, jiran saya itu menceritakan satu kes yang berlaku tidak berapa lama dulu di kawasan pasar itu juga dimana sebuah kereta terhantuk buntut kereta kepunyaan seorang nyonya. Kereta nyonya itu berada dalam keadaan  wrong parking tetapi nyonya pula itu dengan kerasnya meminta pihak berkuasa menyaman pemandu tersebut.
            Namun atas kebijaksanaan pihak berkuasa kes itu dapat di selesaikan dengan cara  baik.  Nasib baik boleh selesai, kalau dibuatnya masing-masing bertegang...?


Jagindas:   kepada pihak berkenaan, memanglah budibicara tu satu sifat yang terpuji tapi jangalah sampai menyusahkan pihak lain...














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.