PBT Kenyit Mata, Kerajaan
Pusat Merah Mata!
GAMBAR HIASAN ... Rumah Urut Batin dan Mesin Judi |
Exco Kerajaan, Kajian dan Penyelidikan
negeri, Ronnie Liu, kata Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini tidak
berupaya untuk mengambil tindakan tegas termasuk menyekat mana-mana pusat judi,
urut atau pub daripada beroperasi secara haram berikutan bidang kuasa serta
perundangan dimiliki oleh PBT adalah terbatas.
Namun,
pihaknya tidak pula menyatakan kekesalan atas kejadian tersebut malah jauh
sekali melarang 'orang-orangnya' terus melakukan operasi perniagaan seperti di
negeri berkenaan.
Sebelum
ini, saya ada menulis di blogg ini bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat (PR)
khususnya DAP akan terus memejamkan sebelah mata terhadap urusniaga harap
seumpama itu di negeri Selangor kerana ianya akan dijadikan modal kepada
pengundi-pengundi cina. (17/7/2012 - keharaman hari ini modal untuk
esok yg ditulis dlm. 2 bhg).
PAS sudah
tidak bermaya untuk menghalang malah, di Kedah dan Kelantan juga dikhabarkan
semakin rancak tumbuhnya tempat-tempat maksiat cuma bezanya sama ada beroperasi
secara berlesen atau tidak.
Kalau hendak
dikatakan DAP mengikut rentak Singapura, kerabat PAP-nya, yang kita lihat di
negara itu tidak pula berlaku perniagaan haram seumpama itu secara berleluasa
dan terbuka. Barangkali, DAP mahu jadikan negara ini seperti Thailand.
Barangkali,
mereka berpendapat dengan tumbuhnya pusat-pusat seperti itu, pengaliran wang
maksiat ke luar negara dapat dikurangkan berikutan kemampuan negara ini
membekalkan kemudahan tersebut.
Yang
pasti, pengundi cina akan dimomokkan: "Kalau BN mmerintah, lu orang tidak
dapat bikin ini macam. Jadi jangan kasi dia orang menang, ada faham?"
Apa yang
jelas, orang cina semakin naik kepala, orang india semakin mengada-ngada! Orang
MELAYU??!!
Justeru,
di negeri-negeri lain, Menteri Besar kenalah semak balik benda-benda macam ini.
Jangan nanti kita asyik mengata negeri orang pada hal negeri kita pun sama!
Perak macam mana?
Jagindas: Laluan sukar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.