MUZIUM TAIPING |
Lokasi Belum
Bersedia Terima Pengunjung
SEORANG rakan lama saya datang dari Johor dan bermalam
beberapa hari di Ipoh atas urusan kerja. Dia menelefon saya dan kami sempat
berbual-bual sambil mengenang kisah lama. Seronok juga dapat berbuka
bersama-sama sekali gus menostalgiakan kembali masa-masa kami di kolej dulu.
Dia
bertanya saya, dimanakah di Perak ini tempat-tempat menarik yang bagus untuk dilancungi
selain dari pantai dan bandar-bandar. Katanya, kalau nak ke pantai, di negeri
dia pun ada malah menyusuri Melaka dan Negeri Sembilan pun banyak pantai dan
cahalet yang cantik-cantik. Kalau nak ke pusat beli belah, lebih baik ke Kuala
Lumpur, banyak pilihan dan gadang-gadang lagi.
Saya
cuba menyarankan Hutan Belum dan hulu Perak yang tercatat dalam sejarah dunia sebagai
penempatan orang tertua di dunia. Namun, dia mencelah, takkan lah semata-mata
datang ke Perak nak situ sahaja dan lepas tu duduk di botel makan, tidur dan
balik!
Saya
sebutkan juga, Teluk Intan dengan lagenda bangunan pagodanya, Kampung Gajah
dengan muzium kepahlawanannya, Tanjong Tualang dengan lagenda kapal korek bijih
timahnya atau Gopeng dengan lagenda klasik
Gua Tempurungnya. Saya katakan juga, tidak kurang antiknya kalau dia
menghabiskan masa sehari di bandar bersejarah Taiping.
Dia cuma
tersenyum dan mengatakan semua tempat yang disebutkan tadi telah dilawatinya
bersama keluarga sebulan yang lalu sebelum ini. Lama kami terdiam sebentar.
Saya mengharapkan dia memberikan komen yang bagus-bagus sempena tahun melawat
Perak ini. Tiba-tiba dia bersuara:
"Perak ni kena belajar dengan Melaka
kalau betul-betul nak jadikan negeri ini intresting untuk dilawati. Tidak perlu
banyak benda tetapi yang penting memikat hati. Kalau banyak benda sekalipun
jika tidak digarap dengan sebaik-baiknya ia tidak memberikan apa-apa kredit.
Membosankan lagi adalah.."
Lihat Kelantan, apa sangat yang ada di negeri itu tetapi
setiap hari bandar Kota Bharu sentiasa sibuk malah jalan-jalannya jem. Macam-macam
orang kata tentang Kelantan termasuk masalah air bersih dan kekotoran bandarnya,
namun dia masih mampu memikat orang berkunjung. Bukan sahaja dari dalam negara
malah dari Singapura dan Brunei juga," katanya.
Menurutnya,
banyak benda yang boleh dikomersilkan menerusi pelancongan di negeri ini tetapi
pihak berkenaan gagal memanfaatkannya mungkin disebabkan kurang kepakaran.
Komennya lagi, kerajaan Perak beria-ia membuat promosi pelancongannya tetapi
apa yang didapatinya lokasi-lokasi pelancongan tersebut belum bersedia untuk
menerima pelawat termasuklah di Hulu Perak.
Jagindas: Malu juga bila kena bedal macam tu. Tapi difikir-fikirkan balik, ada
betulnya cakap rakan saya itu. Pihak yang bekenaan nampaknya bercakap banyak
tapi kurang follow-up. Komen dia Perak kena belajar dengan Melaka, itu dah lama
ada dalam benak saya !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.