Khamis, 13 September 2012

AMERIKA ISYTIHAR BALAS DENDAM


EKORAN KEMATIAN CHRISTOPHER

MEMANG sudah dijangka, peristiwa kematian Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens dalam satu serangan roket ke atas pejabat konsul di Benghazi, baru-baru ini, pasti akan menimbulkan tindak balas dendam daripada   Amerika Syarikat (AS).
          Negara itu tidak akan berdiam diri, malah seperti biasa dia akan tunduk dibawah sergahan yahudi untuk membalas dendam apatah lagi pelaku jenayah tersebut adalah orang Islam di sini.
          Laporan kemarahan Presiden AS, Barack Obama, tidak pula menyebut kekesalannya terhadap penerbitan filem yang menghina Nabi (saw) yang menjadi punca kemarahan umat Islam di negara berkenaan yang juga turut dibantah oleh penduduk Mesir.


          Ini bermakna, apa juga yang dilakukan oleh rakyatnya, apa lagi dari golongan Yahudi, AS tidak akan berani untuk menegur jauh sekali untuk mengakui ia satu kesilapan.
          Sebaliknya, ia dijadikan pula sebagai sebab-mursabab bagi membolehkan negara itu menggunakan tindakan ketenteraan terhadap negara yang mengancam rakyatnya.
          Dengan peristiwa ini, konflik di negara Islam terbabit dijangka tidak akan berkesudahan. Apabila AS melahirkan hasrat akan menuntut bela, kita percaya beberapa negara Islam lain sudah tentunya akan memberikan sokongan kepada sekutu Islamnya di Libya.
          Yang nyata, perpecahan negara-negara Islam akan terus berlaku. AS, Yahudi dan beberapa agensi sulitnya akan terus meresapi di kalangan rakyat negara-negara Islam terbabit bertujuan memecah belah dan mendapatkan sokongan penduduk tempatan.
          Yang lemah iman, miskin dan pentingkan diri pasti akan terperangkap manakala para ahlil-jihad pula menjadi mangsa buruan dan memburu. Dalam masa sama orang Islam akan diperbesar-besarkan sebagai pengganas dengan melupakan punca asalnya kejadian!
          Media juga nampaknya terpengaruh dengan bisikan halus yahudi kerana jika dilihat, laporan terhadap tunjuk perasaan membantah tindakan serangan konsulat AS mendapat liputan luas berbanding kes sebab-sebab kejadiannya.
          Jika dihalusi balik, AS yang dikatakan memiliki sistem risikan yang termaju, takkanlah tidak tahu reaksi rakyat Libya sebelum Christpher hadir ke nagara tersebut. Tidakkah Christopher ini telah dijadikan umpan bagi membolehkan AS memberikan tekanan kepada Libya?
          Tindakan memperjudikan nyawa manusia yang kemudiannya dijadikan alasan untuk bertindak balas bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi AS. Lihat sahaja bagaimana dia memperbodohkan tenteranya menyerang negara-negara lain sebelum ini seperti Vietnam dan Iraq. Apa kesudahannya? Vietnam adalah antara contoh rakyat yang memiliki kecekalan dan semangat kenegaraan yang kental serta berjati diri.
          Bersama-samalah kita berusaha semoga resapan syaitan itu tidak menghantui rakyat di negara ini. Ini kerana bentuk, corak dan persembahan politik di negara ini memudahkan golongan pemecah-belah dari luar mencampuri urusan parti-parti politik sekarang. Kita nampaknya terlalu gahirah bermain dengan agama, sedangkan itulah isu yang mereka mahukan! Memecahkan Islam adalah matlamat utama Yahudi.


Jagindas: Allah pun bersmpah kaum Yahudi adalah yang terbijak didunia tetapi itulah kaum yang paling Allah benci. Jadi kena faham-fahamlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.