PAS, Janganlah Menyalak, Nanti Masuk Angin!
DARI KIRI:.... Nasharudin Isa dan Tuan Ibrahim Man
Masih angkuh lagi rupanya. Barangkali Tuhan dah benci benar kepada PAS ini
sehingga sikap angkuh, sombong dan riak PAS masih belum menampakkan tahap
menurun. di
sini
"Syaitan yang dikenali" yang membawa maksud musuh PAS
dengan kata tepatnya UMNO dikatakan menangis kerana dalam mesyuarat Syura
kelmarin langsung tidak membicarakan hal Nasharudin. Kununnya UMNO amat
mengharap sesuatu yang negatif berlaku!
Menurut Ketua Penerangannya,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, musuh PAS sememangnya mengharap pemecatan
Nasharuddin yang mana dengan itu dikatakan akan bertambah bergolak atau
berpecah.
Mengucap dan berastghfarlah
Tuan Ibrahim. Kita sentiasa mendoakan yang baik-baik. Kalau Nasaharudin dipecat
jawatan atau dibuang terus dari PAS pun, UMNO tidak akan berhajat apatah lagi
tergesa-gesa "membeli" Nasha seperti mana yang UMNO pernah buat
mempelawa Anwar Ibrahim masuk UMNO dulu walaupun ketika itu Anwar tidak
menyertai dan menyokong mana-mana parti secara jelas. Lainlah kalau Nasha mengending-negending, itupun belum tahu
juga. UMNO pun lagi banyak pengalaman dalam bab ini.
Kalau adapun kita berdoa
semoga PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR), sebab kita bimbang dan kesian PAS
kelihatan jelas sekarang menjadi tunggangan DAP. Malah, PAS juga yang membawa
imej dan perjuangan Islam dilihat merelakan agama Islam ditunggang sama oleh
rakan-rakan karibnya sekarang. Bukankah satu doa yang bagus jika mendoakan PAS
keluar dari PR?
Itu yang kita sedih, kesian
dan kesal. Tentang Nasharudin tu, you
orang buatlah apapun kami tak kisah. Cuma, jadilah pejuang yang unggul, pejuang
yang bermatlamat dan bemarwah. Pejuang yang memelihara kesucian, martabat dan
keagungan agama Islam - agama seru sekelian alam!
Bubarkan PAS? Itu lagi
bagus, dan marilah kita bersatu dalam gelanggang UMNO yang pudat melayu dan bumiputera.
Jika mana-mana di antara tuan-tuan memang berkelayakan dan Tuhan
mengkehendakinya, maka tiadalah siapa yang dapat melawan taqdir itu, melainkan akan
jadilah tuan-tuan sebagai Perdana Menteri. Duduklah di Putrajaya selama
manapun, selagi demokrasi mengizinkan!
Sudah-sudahlah menjadi pak
turut Anwar. Sudah terang lagi bersuluh, Anwar memang tidak layak menjadi
pemimpin. Jika dia juga tuan-tuan pilih maka ingatlah Allah telah firman: jika kamu memberikan kuasa kepada mereka
yang bukan selayaknya maka tunggulah masa kehancurannya..
You all pun tahukan? Tapi saja-saja buat bodoh kerana nafsu telah
mengatasi kesucian fikiran!
Jangan marah, tak salah saya
menasihati dan mengingatkan sesama Islam kan?
Jagindas: Itukah yang tuan-tuan ya-muallim mahukan? Jangan tepuk dada dan berbicara
selera, Tuhan memberikan kamu ilmu dan akal bukan?
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.