SUKA
LAYAN TELEFON DARIPADA PELANGGAN!
KATA KERAMAT? |
PETANG tadi saya di ajak oleh
anak ke sebuah kedai menjual peralatan komputer untuk membeli satu unit alat
yang diperlukannya. Kamipun masuk ke kedai berkenaan di mana seorang pekerja,
perempuan Melayu sedang duduk sambil berbual menerusi telefon bimbitnya (hp).
Dia
nampak jelas kami sedang mencari-cari dalam kedai itu yang bermaksud untuk
membeli sesuatu. Dia masih tersengih-sengih dan sesekali menghilai ketawa
menerusi hp-nya. Kami menunggu juga sehinga lebih kurang sepuluh minit. Namun
dia masih meneruskan minatnya melayan suara daripada hp-nya itu. Mendengarkan
corak perbualannya, percakapan itu bukan urusan bisnis tetapi lebih kepada
sembang rakan-rakan (boyfriend kut..). Maka, kamipun berlalu kerana tidak mahu
mengganggu ketenteramannya.
Bagi
saya, dia bernasib baik kerana taukehnya tidak ada pada masa itu. Tapi kata
anak saya, dia berbuat begitu kerana taukehnya tiada ketika itu. Saya rasa
firasat anak saya itu lagi tepat.
Setelah
dibanding-banding dengan peniaga dan pembantu niaga Melayu di kedai-kedai dan
perniagaan lain, majoriti memang itu perangai melayu. Apa dia? Tidak pandai
melayan pelanggan. Tiada ada dalam pemikiran bisnis mereka bahawa pelangan
mesti di utamakan. omputih kata: customer
first!
Hep!
bukan semua ha. Saya tk kata semua melayu begitu! Tapi banyak yang macam tu.
Sampaikan kalau sudah jadi wakil rakyat pun perangai pilih bulu memang tidak
dapat dipisahkan! OPPSSS! tersasar pulak. Maaf ya...
Jadi
kesimpulannya, patutlah taukeh-teukeh cina mahupun mamak-mamak kedai kopi kata
melayu tempatan ni malas kerja. Suka banyak rehat dan kalau dapat main telefon,
seolah-olah macam baru jumpa benda tu!
Sebelum
ini saya pernah bertanya kepada seorang mamak taukeh restoran 24jam bertanyakan
kepadanya mengapa dia tidak mengambil pekerja tempatan. Dalam jawapan
ringkasnya, dia berkata orang tempatan (melayulah maksudnya tu) kebanyakkan
suka berehat, cepat letih dan banyak melawak serta kerja cincai. Katanya, dia
pernah ambil dua orang berkerja dengannya tetapi hanya bertahan seminggu sahaja
dan selepas itu budak itu hilang tanpa berita.
Dalam
kes lain pulak, ketika berbual dengan seorang taukeh bengkel servis kereta saya
bertanyakan soalan yang sama. Jawapan taukeh tersebut lagi ringkas dan padat: Ini melayu ha, dia mana boleh jadi kuli, dia
mahu jadi taukeh ma..! Secara rasionallah, apa maknanya tu?
Jagindas: Adakah
sikap pegawai-pegawai kerajaan (melayu) juga bersikap demikian?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.