0.5 JUTA BELUM DAFTAR
keahlian dalam
pertubuhan hanya layak untuk bermesyuarat tetapi rakyat yg. berdaftar dgn. SPR
berkuasa mengubah kepimpinan negara
Memang
tidak dinafikan jentera UMNO kini semakin kuat bekerja bagi memenangi hati
rakyat sekaligus menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang
akan berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang sebelum April tahun depan.
Namun,
sejak dulu lagi dalam soal pendaftaran mengundi ini, pemimpin UMNO diperingkat
akar umbi selalunya meletakkan sepenuh harapan kepada rakyat atau penduduk
setempat melakukannya sendiri dengan bersandarkan kepada kempen-kempan yang
dibuat oleh kerajaan menerusi media-media.
Tidak
seperti parti politik lain, seperti apa yang pernah saya saksikan
petugas-petugas mereka akan merayau-rayau ke kampung-kampung, kem-kem
penempatan penduduk dan kedai-kedai kopi dengan melakukan kerja dua dalam satu
- Kempen dan Daftar.
Di
samping mereka berkempen, mereka juga akan memastikan penduduk yang sudah
mencapai usia 21 tahun sudah didaftarkan sebagai pengundi. Bukan sekadar itu
sahaja, malah mereka juga turut membantu melakukan proses pendaftaran tersebut
secara sukarela dengan menggunakan kemudahan sedia ada. Zaman IT tambah
memudahkan mereka melaksanakan kebajikan tersebut.
Tindakan
proaktif seperti ini boleh dikatakan tidak berlaku dalam UMNO. Saya angkat topi
terhadap kehebatan UMNO menganjurkan program, mengumpulkan penduduk serta
menepis tohmahan daripada pihak lawan.
Namun,
pada masa sama petugas UMNO nampaknya seperti terhina jika melakukan
kerja-kerja pendafatan seperti mana yang dilakukan oleh pihak lawan. Mereka
semacam lupa, bahawa dalam pilihan raya bukan keramaian yang menjadi petunjuk
tetapi berapa ramai orang yang layak untuk masuk ke dewan mengundi dan
seterusnya diberi amanah untuk memilih pemimpin.
Petugas di peringkat cawangan dan bahagian sewajarnya
memahami serta bertanggung jawab terhadap kerja-kerja seperti ini. Ironinya,
apa yang berlaku pemimpin UMNO diperingkat akar umbi masih terleka dengan sorak
sorai penyokong dan keramaian rakyat yang mengisi acara sesuatu majlis. Leka dengan
keindahan itu, lantas dalam pemikiran mereka terus menyimpulkan bahawa rakyat
telah menerima dan menyokong mereka.
Harus diingat, perhimpunan UMNO walau dalam apa majlis
atau cara sekalipun tidak sama dengan perhimpunan belia, persatuan-persatuan atau NGO-NGO. Keahlian dalam persatuan hanya
berkuasa untuk ahlinya menduduki dan bersuara dalam mesyuarat berlainan dengan
seseorang yang tidak menyertai mana-mana parti tetapi berdaftar sebagai
pengundi, dia sebenarnya lebih berkuasa daripada keahlian persatuan atau NGO
kerana satu undinya itu boleh mengubah kedudukan sesebuah kerajaan.
UMNO diperingkat akar umbi sewajarnya telah lama faham
terhadap kekuatan kuasa sebagai ahli dan kuasa seseorang sebagai pengundi!
Hairannya malah kadang-kadang menjadikan ia begitu musykil bagi saya, mengapa
hal-hal penting seperti ini UMNO peringkat akar umbi masih menunggu dipukul
punggung baru mahu bergerak. Itupun kalau nak bergerak! Tambah malang, masih
ada yang memandang remeh peringatan tersebut biarpun telah didedahkan secata
terang-terangan.
Itu menggambarkan kefahaman dan penilaian pemimpin di
akar umbi masih cetek terhadap perkara-perkara yang berkepentingan kepada parti,
sedangkan kalau dilihat senarai biro-biro dalam carta organisasi mereka begitu
hebat dan gah mengalahkan susunan menteri kabinet.
Jagindas: tidak akan hilang bisa ular jika menyusup di bawah
akar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.