PERAK MACAM MANA?
DALAM
ulasannya, Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yakin Barisan Nasional (BN)
mempunyai kekuatan tersendiri bagi menjayakan matlamat merampas semula Selangor
daripada cengkaman pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti di sini.
Secara
jujur, bukan tidak boleh Dr. Zambry nak bercakap tentang politik negeri lain,
namun suka saya menasihatkan agar beliau lebih memberi tumpuan kepada kemajuan
politik BN di Perak sendiri.
Beliau
kena ingat, BN memerintah Perak adalah atas kemenangan teknikal yang lebih
menjurus kepada nasib dan bukan disebabkan kekuatan sokongan rakyat kepad BN.
Keadaan ini sama seperti meneka kepala atau ekor ketika melambung syiling.
Apabila
bersembang-sembang diperingkat akar umbi, masih ramai yang tertanya-tanya: selama BN memerintah Perak, apa yang Zambry
buat di Perak ini? Itu adalah dari suara Melayu. Kalau didengar dari suara kaum
Cina pula: Mesti tukar ma!
Iklim
sokongan rakyat terhadap BN di Perak sebenarnya masih flip-flop. Walaupun
kerajaan dengan bantuan para blogger pro-kerajaan berjaya mendedahkan pelbagai
keburukan, busuk dan hanyir kepimpinan PR, namun pendirian rakyat masih tidak
banyak berubah.
Biar
betul dan sahih macam mana sekalipun fakta yang diwar-warkan, namun kesakitan
hati dan perasaan rakyat terhadap sikap "orang-orang"
BN yang lalu-lalu menyebabkan secara diam-diam pembangkang masih mendapat
sokongan dalam erti kata undi marahkan nyamuk kelambu dibakar!
Dikebanyakan
kawasan penempatan yang majoritinya adalah orang Cina pula, BN jangan
terpengaruh dengan senyum manis dan sorak hilai kaum berkenaan. Sembang-sembang
politik mendapati ahli MCA dan Gerakan sendiri turut berkempen secara senyap-senyap
untuk menjatuhkan BN. Api dalam sekam. Duri dalam daging!
Meski,
kerajaan telah menunaikan pelbagai permintaan mereka namun kaum itu masih tidak
berpuas hati dan mengecap kerajaan BN sebagai menindas mereka. Apa yang
dimaksudkan dengan tindas pun kita tidak faham! Tapi, itulah yang dibisik-bisikkan
mereka kepada kaum Cina.
Sebenarnya,
mereka sudah bosan berketuakan orang melayu. Dengan memanipulasi konsep satu
Malaysia, bagi mereka orang cina juga berhak dan layak menjadi ketua. Oleh
kerana tiada jalan mudah mencapai tujuan itu, maka DAP menjadi pilihan kerana
mereka percaya menerusi DAP komuniti cina boleh bersatu sekali gus mencapai
matlamat tersebut.
Justeru,
Dr. Zambry sebenarnya tidak perlu banyak bercakap politik sebaliknya melihat
dan betindak apakah down-line dalam
jentera BN di Perak telah benar-benar menguasai kepercayaan rakyat negeri ini
menerusi PRU13 nanti. Apakah UMNO Bahagian dan BN sebenar-benarnya sudah
benar-benar bersedia menghadapi PRU13.
Berdasarkan
cakap-cakap politik setempat, meskipun kerajaan telah berbuat sehabis baik
mungkin untuk memenangi hati rakyat, namun jangan terlalu yakin bahawa usaha
itu dapat membantu calon BN untuk menang besar!
Jagindas: sekadar
mengingatkan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.