ADA YANG SEDANG PENING-PENING LALAT..
PEMIMPIN tertinggi UMNO sudah
melahirkan amaran bahawa mana-mana ahli yang mensabotaj parti dalam pilihanraya
umum ke 13 (PRU13) nanti akan dipecat. Malah, setiausaha agungnya, Tengku Adnan
berkata tindakan lebih awal mungkin akan di ambil terhadap ahli berkenaan jika
terdapat bukti mereka mengkhianati parti.
Sementera
itu, berdasarkan senario keterbukaan politik masa kini, Prof Datuk Paduka
Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya (UM) menyifatkan amaran gertakan berkenaan
sebagai gimik dan tidak akan memberikan kesan di
sini.
Apkah
UMNO nekad untuk melaksanakan hukuman seperti itu? Bersediakan UMNO menghadapi
pelbagai pendedahan demi pendedahan yang bakal dilontarkan oleh ahlinya sendiri
yang akan mengkhianati parti itu nanti?
Kita
percaya, ahli yang berhasrat mensabotaj UMNO dan BN adalah dari kalangan mereka
yang bukan calang-calang orang. Paling tidak mereka pernah berjawatan tertinggi
dalam parti atau pernah berkhidmat dalam kabinet! Sudah barang tentu banyak
juga rahsia kerajaan dan parti yang mereka perolehi. Kebiasaannya, mereka akan
melakukan tindakan seperti "Tun Bija Sura" sebagaimana yang yang
riwayatkan dalam sastera klasik melayu lama.
Tun
Bija Sura sanggup membuka pintu kota melaka bagi memudahkan bala tentera majapahit
menyerang melaka hanya disebebkan sakit hati beliau terhadap kerajaan Melaka
ketika itu!
Saya
percaya, ketika ini mereka yang bercadang menjadi Tun Bija Sura sedang
berkira-kira termasuk mengumpul data dan cerita. Semuanya akan di spin hanya untuk sehari dua ketika pengundian
manakala kesannya pula sama ada sengsara mahupun suka akan tertanggung lima
tahun selepas itu.
Sebab
itu, jika dilihat sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan amaran
tersebut, boleh dikatakan tidak ada sambutan sokongan daripada UMNO akar umbi
bagitu juga dari kompenan lain dalam BN.
Bererti,
sama ada ramai yang tidak yakin bedasarkan kisah-kisah sebelum ini atau amaran akan
memakan tuan?
Pihak
berkepentingan seperti Pakatan Rakyat (PR) yang telah sedia maklum menerima
pembiyaan daripada pihak luar, tentunya tidak akan teragak-agak menjanjikan apa
jua asalkan hasrat tercapai. Asalkan yahudi mudah beroperasi dalam negara tanpa
tapis dan saring lagi. Apakah akan jadi
pada negara itu soal ke sembilan dan sepuluh. Yang penting, "aku"
mesti ke putrajaya!
Nah,
yang gelap fikir akan terus gelap kerana hatinya telah hitamkamkan.
Terpulanglah kepada pengundi. Anda masuk ke bilik mengundi hanya untuk beberapa
minit. Jangan pula jadikannya untuk mengsengsarakan anda dan keturunan anda di
kemudian hari.
Jagindas: meruntuh memang mudah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.