Akankah MCA Dan GERAKAN
Melangkah Lalu Jika DAP Keluar PR?
KALAULAH benar DAP akan keluar Pakatan
Rakyat (PR) sebaik sahaja memenangi pilihaanraya PRU13 nanti, dengan harapan ia
dapat menawan beberapa buah negeri lagi kalaupun gagal menapak ke putrajaya,
bagi saya insiden ini tidak mengejutkan di sini dan
di sini
Ini kerana, pada kepercayaan saya bahawa
kedudukan DAP dalam PR hanyalah wayang cina yang semata-mata mahu meraih undi
orang melayu. Dan, mereka meletakan target
pada PRU13 ini sebagai point
sasarannya. Orang melayu yang bodoh dan buta hati meskipun berstatus tinggi
hatta bangsawan sekalipun begitu mudah ditipu oleh DAP. Kerana, melayu itu
mudah lupa seperti kata Tun Mahathir.
Dan,
sekiranya hasrat DAP ini tercapai, saya percaya kedudukan BN juga turut goyah
kerana sekutunya MCA dan Gerakan akan terus mengenakan dasar cengkam dan tekan
dengan pelbagai isu, permintaan dan syarat terhadap kerajaan BN yang dirasakan lemah
ketika itu yang kononnya bagi meraih semula kepercayaan orang cina terhadap BN.
Percayalah, ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Bahkan, ketika inipun bunga-bunganya sudah ada kelihatan.
UMNO
sudah tentu terkuncam, tidak tahu berapa lama berkeadaan begitu. Dan, sekiranya
wakil rakyat ketika itu tiba-tiba sahaja terdorong kepada politik perkauman
maka tidak mustahil MCA dan Gerakan akan keluar BN dan menyekutui sedarah
sedagingnya DAP.
PAS
dan PKR akan diberkan pelbagai tawaran menarik bagi membolehkan sebuah kerajaan
campuran diwujudkan dengan dasar baru negara di bawah payung DAP. Tidak
mustahil! Yang pasti undi senyap kalangan orang cina menyebelahi DAP pasti
berlaku sebagaimana orang melayu membuang undi protes pada PRU12.
PAS
yang ketika itu jika masih berada dalam PR juga dipercayai akan membuat
keputusan untuk keluar dari PR mengikuti jejak rakan karibnya DAP kerana
melihat Anwar Ibrahim sudah tidak bermaya lagi mengurus PR. Paling tidak
senario ketika itu menyebabkan PAS akan hidup dalam dilema dan serba salah.
Namun,
pada pengamatan saya harapan PAS akan bersekutu dengan UMNO amat tipis kerana
pada PAS parti itu tiada prinsip bangsa melainkan agama semata-mata.
Ketika
itulah sebuah kerajaan mungkin gagal untuk diwujudkan melainkan ramai anggota
parlimen dari kalangan orang melayu daripada PKR dan DAP menyertai UMNO
manakala PAS pula bersetuju membina kerajaan campuran sementara. Lemah! Sebuah
kerajaan yang lemah akan terbina lebih lemah daripada kerajaan BN yang ditadbir
oleh Pak Lah sebelum ini.
Jika
ini terjadi, ia bukan bererti Pak Lah lebih baik daripada Najib tetapi Najib
telah dimangsakan oleh kerajaan yang diterajui Pak Lah sebelum ini! Beberapa
kesilapan besar yang dilakukan Pak Lah telah dijadikan alat oleh orang Cina
memerangkap politik orang melayu sehingga memperlihatkan betapa lemah dan
longlainya melayu di mata dunia. Suatu ketika, kita hampir-hampir rasa terhina
apabila perlembagaan negara pun semacam menajdi sebuah karya sastera klasik
lama.
Sebenarnya
kita tidak mahu suasana itu terjadi. Minta simpang malaikat empat puluh empat. Segala-galanya
dipercayai akan merudum terutama ekonomi negara. Apa pula selanjutntya? Rakyat
akan susah dan kesusahan itu pastinya memakan masa lama untuk dipulihkan walau
siapapun yang memerintah negara ketika itu.
Justeru,
rakyat melayu Malaysia yang sudah layak mengundi, keluarlah mengundi apabila
tiba masanya dan pilihlah wakil rakyat yang calonnya membolehkan ketuanan Melayu tetap menerajui
negara ini.
Saya dapat rasai bahawa kata-kata ini seperti
saya telah membuat satu kempen yang tidak sihat. Namun, kepercayaan saya kepada
MCA dan Gerakan amat lemah berdasarkan sikap dan perwatakan yang dimainkan
parti itu dalam BN sejak akhir-akhir ini, membuatkan fikiran saya berpersfektif
seperti itu, meskipun BN mampu menawan semula Puterajaya pada PRU13 nanti.
Percayalah,
dengan kekuatan ekonomi yang mereka pegang sekarang mereka yakin orang melayu
akan tunduk kepada tekanan yang akan mereka lakukan dengan bertopengkan
demokrasi. Dan, bagi mereka sebenarnya mereka tidak mempunyai masalah terhadap
dunia dan blok barat. Bak kata : bagi mereka ke atas ke bwah, ke depan ke
belakang semuanya halal belaka - tiada hukum membataskan peradaban kehidupan
mereka.
Kecuali,
sokongan terhadap DAP dan PAS merudum, saya yakin dan percaya BN dan UMNO akan
terus gah dan terus berdaulah.
Dan,
sesekali degup firasat kerap menyebut: apakah mungkin 55 tahun kemerdekaan
menjadi batas terakhir orang melayu menyebut ketuanan melayu di bumi bertuah
ini?
Jagindas: memang benarlah kata Datuk Seri Najib bahawa PRU13
ini menentu servival orang Melayu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.