HILANG KUKU ATAU SIMPAN KUKU?
GAMBAR HIASAN |
KUMPULAN NGO, puak-puak dari parti PAS dan PKR serta beberapa menteri sudah
ada menyuarakan bantahan terhadap penayangan filem Innocence of Muslims oleh Sam Bacile yang menghina Nabi
Muhammad (SAW).
Filem berkenaan telah
menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sehingga menyebabkan mereka bangun
membantah menerusi pelbagai demonstrasi malah ada antaranya berlaku dalam
keadaan luar kawal.
Cari punya cari, UMNO,
Pemuda UMNO, Wanita dan sayap-sayap UMNO lainnya masih belum memberikan reaksi
seperti itu kecuali ketua pemudanya. Menyelit-nyelit ada, maksud saya secara
jelas.
Fahamlah saya, bahawa:
1. Demikianlah taatnya anak buah / ahli UMNO, mereka tidak akan
membuat sebarang tindakbalas meskipun telah
nampak jelas yang sesuatu kejadian itu
wajar dibantah jika tidak mendapat "green
light" dari atas. Patutlah dalam
kes menunggeng punggung kepada gambar Najib baru-baru ini, boleh dikatakan tidak ada satu laporan polis yang
dibuat daripada mana-mana
UMNO Bahagian! Jumlah laporan di seluruh negara pun ciput sangat.
2. Barangkali ahli-ahli UMNO terlalu sibuk berkerja bagi
memastikan kemenangan dalam pilihanraya (PRU13)
akan datang sehingga tidak sempat
memikirkan hal-hal sedemikian. Baguslah kalau macam tu..
3. Atau memang tak rasa apa pun?
Jagindas: macam
tu ke??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.