Rabu, 31 Oktober 2012

BILA AGAKNYA - ESOK, LUSA ATAU....

S. SUBRAMANIAM

Pemilik Iklan Kurang Ajar Akan Diajar ?

MENTERI Sumber Manusia (MSM) Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap pengedaran iklan 'Indonesian maids now on sale' di Kuala Lumpur, yang kini menjadi topik hangat di alam siber dan media  di sini
            Lanjutan daripada iklan itu juga, kerajaan Indonesia turut merasakan terhina dan ada kemungkinan satu protes terhadap kesan iklan itu akan dilakukan oleh rakyat negara berkenaan yang sedikit sebanyak akan mencalarkan nama baik Malaysia di hati orang Indonesia.
            Bagi penulis, sepatutnya dalam kes-kes yang jelas seperti ini, kerajaan kita tidak seharusnya bercakap "tindakan akan diambil" atau "boleh dikenakan tindakan",  sebaliknya terus mengarahkan pihak berkuasa yang terbabit menahan dan membuat siasatan rapi serta merta sebelum ia menjadi buah mulut banyak pihak.
             Secara normalnya, apa-apa yang kita tidak suka orang buat kepada kita, begitulah juga orang lain terhadap kita. Oleh itu, sepatutnya apabila media bertanya menteri mengenai kes tersebut, sebaiknya jawapan yang diberi adalah: "Ya, kita sudah menahan mereka yang terbabit dan siasatan sedang dijalankan sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas mereka".
            Jawapan sebegini menampakan, kerajaan kita memang peka terhadap isu-isu sensitif terutama yang membabitkan agama, perhubungan kaum dan rakyat antara bangsa.
            Begitu juga dalam kes ini bagi penulis tidak sahaja MSM yang merasai bertanggungjawab, malah Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sepatutnya serentak memikul tanggungjawab (seperti dalam kes tersebut) berikutan ia membabitkan undang-undang , maruah serta keharmonian hubungan antara dua negara berjiran.
            Di media-media kita, puas juga kerajaan berkempen menggalakan rakyatnya mengamalkan nilai-nilai budiperkerti murni, namun semakin dikempen semakin pula menunjukan belang kurang ajar mereka.
            Samalah seperti kempen keselamatan jalan raya, semakin kuat kempen dilakukan kerajaan, semakin huru-hara pemandu memandu kenderaan mereka. Dan, bila kerajaan perketatkan langkah-langkah pencegahan, bermacam-macam pulak alasan yang diberi untuk menolaknya.
            Justeru, ambil tindakan segera kerana kesalahan yang dilakukan sudah jelas dan berkeupayaan memberikan impak yang tidak baik.


Jagindas: Mereka yang kurang ajar tu, bahlul bahasa ke atau memang sengaja nak cari pasal ni? Maklumlah, nak dekat pilihanraya ni memang banyak yang buat perangai! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.