Kerajaan Dicadang Pasang Lebih Banyak
TIBA-TIBA sahaja isu pemasangan kamera AES menjadi perbualan
hangat. Dari kalangan khalayak marhaen ke kelas pertengahan terus ke kelas
atasan hingga membabitkan golongan politik kiri dan kanan. Banyak yang tidak
suka dari yang tidak suka.Banyak yang kata tangguh dulu. Seperti biasa,
masing-masing dengan alasan tersendiri. Ada
juga yang bimbang isu berkenaan memberi kesan kepada pilihanraya.
Penulis juga
turut terheret dengan isu ini di sini Yang
pasti, AES sudah dipasang. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor sepakat
tangguhkan penguatkuasaan. Yalah, negeri mereka punya. Mahu tidak mahu pusat
kena akur juga.. di
sini
Oleh kerana
sudah jadi semacam polemik dan biasanya jika tidak ada penyelesaian yang
konkrit, isu seperti ini akan menjadi riuh rendah. Jadi, bagi memantapkan lagi
keberkesanan AES penulis mencadangkan supaya kamera AES dipasang di setiap
jarak 10km satu di semua jalan raya negeri, persekutuan dan lebuh raya.
Lagi satu,
luaskan skopnya. Kamera itu juga boleh merakam penunggang motosikal yang tidak
memakai topi keledar dan kanak-kanak bawah umur yang menunggang/memandu
kenderaan bermotor. Kita saman semua!
Macam mana?
Lagi pun kerajaan tidak keluarkan kos. Semuanya ditanggung oleh syarikat
berkenaan, bukan?
Jagindas:dah lama pakai kamera Nikon D90, rasa-rasa nak tukar yang
lain pulak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.