Semoga Yang
Berkenaan Sedar
ULAMAK UMNO HANYUT.....ASRI (kiri) dan Fathul Bari (kanan) |
"Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain
itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat
dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Bekas
Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada siri Wacana
Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” baru-baru
ini di sini
1. Cuba baca balik ayat yang saya gariskan
petikan daripada ucapan Dr Asri itu. Sedapnya bunyi....
2. Kenapa tidak
sebut PAS dan PKR sekali? Adakah Asri
bermaksud agama orang PAS dan PKR lebih kuat daripada UMNO? Apa kayu ukurnya? Apakah
Asri amat pasti dalam PAS dan PKR tiada permainan wang ringgit dalam politik
mereka? Pasti? Pasti? Pasti?
Penulis
tidak kisah terhadap komen,pendapat dan pandangan yang diluahkan oleh para
ulamak seperti Asri. Malah ada beberapa tulisannya turut menjadi rujukan saya. Demikian
juga Fathul Bari.
Penulis
akui, UMNO hatta BN sekalipun bukanlah terbaik apatah lagi maksum. Namun
begitu, tidaklah bererti PAS, PKR dan PR adalah yang terbaik! Semuanya manusia
dan umat biasa. Tidak ada sesiapa yang terpelihara dari dosa selepas Nabi
Muhammad saw.
Namun dalam
petikan di atas, bagi penulis luahan Asri nampak agak berat sebelah.
Justeru,
sampaikan sahaja apa yang perlu dan patut di sampaikan tetapi hati-hati apabila
menjatuhkan hukuman. Bagi penulis, ayat yang digariskan di atas adalah satu
hukuman. Tak baik kata begitu...
Pun begitu,
siapa saja berhak meluahkan pandangannya. Penulis juga...
Jagindas: Biarlah sedikit ilmu tapi dimanfaatkan dengan betul. Apa
gunanya ilmu bertimbun kalau huru hara! Manakala Ilmu sahaja tidak mencukupi
kalau tidak dipapah oleh kebijaksanaan akal fikiran. Oleh itu akal harus lebih
tinggi darjatnya daripada ilmu, sebab itu ia (otak) terletakn di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.