Jumaat, 26 Oktober 2012

JGN BIARKAN KERUSI SEJUK TERLALU LAMA


Jawatan Pengarah Perlu Diisi Segera

SEBELUM ini penulis ada memaparkan masalah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak sehingga sekarang (genap setahun) masih lagi belum memiliki Pengarahnya sendiri   di sini.
            Cakap-cakap luar mengatakan kesukaran pihak bekenaan melantik pengarah JPN Perak ada unsur-unsur campur tangan politik. Menurutnya, beberapa calon yang dicadangkan oleh Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak dipersetujui oleh pihak politik negeri.
            Begitulah sebaliknya, orang yang dihajat-hajatkan sangat oleh negeri pulak tidak menepati kretiria yang ditetapkan. Bermakna, kalau KPM lantik juga mengikut telunjuk politik negeri Perak, tentulah akan menimbulkan masalah besar pulak di kebelakangan hari. Siapa yang tak mahu jawatn yang menjurus kepada JUSA. Siapa taknak atas nama jawatan itu nanti "biasanya" akan dikurnia gelaran "DATUK". Sang isteri otomatik dapat Datin!
            Itu kata cakap-cakap khalayak yang penulis dengar. Kata sumber itu, dia sendiri dengar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang cakap hal tersebut dalam satu majlis.
            Kalau betullah begitu, kira negeri Perak ini teruk jugalah. Rela JPN tidak berpengarah jika tidak bersesuaian dengan hati perut politik negeri. Beberapa bulan sebelum ini penulis ada mendengar cakap-cakap yang sama daripada beberapa guru dan pesara guru di negeri ini.
             Walaupun pada asalnya saya tidak begitu menerima cakap-cakap tersebut malah saya anggp ia sebagai tohmahan semata, namun setelah setahun berlalu tetapi JPN masih lagi tidak ada pengarahnya, penulis sendiri hampir-hampir mahu percaya juga cakap-cakap tersebut. Dalam gurau ada seriusnya!
            Tidak kira dari sudut mana perspektif yang diduga, namun memang agak janggal apabila setelah setahun JPN masih lagi belum ada pengarahnya sendiri. Bayangkan, dari Perlis sampai ke Sabah, takkanlah tiada seorang calon pun yang LAYAK? Takkanlah semuanya berhaluan KIRI!
            Sekali gus peristiwa ini menggambarkan, semua nama-nama yang sebenarnya layak dicalonkan sebagai pengarah itu adalah mereka yang kiri politiknya. Bermakna, barangkali orang-orang besar di atasan dalam KPM ini banyak yang berhaluan kirikah, sehingga satu pun tidak dapat diperakui oleh orang politik Perak?
            Sementara itu, beberapa guru yang ditemui melahirkan rasa kesal dan tanda tanya berikutan setelah setahun jawatan Pengarah di JPN Perak masih belum terisi.
            Menurut mereka, apapun alasannya ia tetap menggambarkan kelemahan negeri dan KPM sendiri dalam menguruskan organisasi pendidikannya.
            Justeru, mereka mahu KPM segera melantik seorang pengarah JPN di negeri itu sebelum berakhir tahun ini.
           
Jagindas:masih tak berubah lagi.....   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.