Sabtu, 3 November 2012

JAGA-JAGA...

As-Shaari dan isteri-isteri..

"Al-Arqam Kembali Kuat"

SELEPAS membaiki kereta di sebuah bengkel pagi tadi, sebelum balik pomen sempat menasihatkan penulis supaya membuat "tuning" injin setiap enam bulan sekali bagi memastikan perjalanan injin sentiasa lancar serta dapat menjimatkan petrol.
            Dan, apabila singgah di sebuah warong untuk minum sambil membedek sebuah akhbar yang memaparkan tajuk di muka depannya " Al-Arqam makin kuat". Semalam akhbar yang sama mendedahkan isu Arqam kembali memperkukuhkan institusinya. Hari ini akhbar tersebut buat follow-up lagi.        Menarik juga isu ini sebab Ustaz Badrul Amin ada sekali di situ yang dikatakan sebagai tetamu istimewa kumpulan berkenaan sempena konsert memperingati kembali kerahmatullah pengasas Arqam, Ustaz Ashaari.
            Tiba-tiba sahja saya teringat kata-kata pomen sebentar tadi. Setahu sya beberapa tahun lalu, kerajaan telah melakukan pembasuhan otak pemimpin kuat kumpulan agama ini dan sejak itu pergerakan mereka dirasakan agak perlahan dan tidak lagi dianggap mengancam keselamatan negara terutamanya rumah tangga.
            Tapi penulis tahu yang pergerakan kumpulan ini sebenarnya tidak habis. Ada seorang rakan, memberitahu penulis selepas proses pemutihan itu, abang iparnya masih kuat dengan pergerakan itu sehingga sekarang terus menetap di Kuala-Lumpur menjadi "kuli" Arqam. Tinggalkan anak bini di Perak. Tidak pernah menghantar wang saraan. Anak bini hidup mengharap belas ihsan adik beradik. Malah beberapa anaknya juga dibela oleh oipar duainya sebagianak angkat demi kasihankan masa depan bebudak itu.
            Sesekali lelaki arqam itu ada balik. Cuma untuk sehari dua sahaja lantas kembali ke markas semula. Tahu-tahu bini mengandung. Yang itu sahaja dia tahu buat. Dia lupa nafkah zahir tapi nafkah batin dia ingat, itu pun SESEKALI AJE.
            Apa kaitannya dengan pomen tadi? Maknanya, kerajaan telah membuat tuning kumpulan ini beberapa tahun lalu kemudian barangkali dibiarkan begitu sahaja atas kepercayaan mereka sudah pulih. Barangkali juga, pihak berkenaan menganggap kerja tuning yang mereka buat sudah cukup mantop dan tip-top hingga boleh tahan foreever!
            Hakikatnya tidak. Maka, isu yang dipaparkan dalam sehari dua ini menunjukkan bahawa kumpulan ini memerlukan proses tuning lebih kerap. Macam kereta juga kena buat enam bulan sekali bagi memastikan kaburator atau injektor ataupun 'total body' serta sistem anginnya seimbang. Kereta akan bergerak lancar dan lebih selamat. Maklumlah kereta iu dibuat tidak mengikut perakuan sirim. Kaburator dan sistem injeksen yang digunakan pun bukan jenis ori.
            Orang kita memang selalu buat 'projek dan tinggal'. Masa buat projek bukan main riuh rendah siap cover sana sini dengan pelbagai media. Cakap berdegar-degar ibarat perempuan mengandung tiga bulan kalau dengar pun boleh gugur dibuatnya.
            Semak balik program pengislam bukan Islam seperti kaum orang asli dan sebagainya. Lepas itu riuh marah-marah orang lain masuk memurtadkan mereka pulak. Alangkan Islam asalpun payah nak bentuk apatah lagi yang baru nak nak.
            Berbalik kepada Al-Arqam, apa nak jadi ni. Kalau nak meracun lalang, racunlah sampai ke akar umbi. Jangan tinggalkan benih langsung. Enam bulan sekali racun balik. Ladang kena tengok selalu. Projek kena pantau dan urus dengan baik. Duit dah banyak habis pastikan hasilnya lumayan.
           

Jagindas: Hhehe.., takdak komen, cuma  klik di sini dan di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.