Jumaat, 2 November 2012

SPRM MEMIHAK (??)

SHUKRI..... Integritinya diragui

Adoi, Lagi Selimbar Dalam Daging..

BERITA di akhbar Utusan Malaysia bertajuk "SOKONG PENUBUHAN SURUHAN DI RAJA" untuk siasatan kes korupsi membabitkan Projek Lembah Sireh di Kedah, mengejutkan penulis juga   di sini
            Diperhalusi gesaan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, nampaknya kita (negara?) ada masalah integriti dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
            Masalah ini boleh disifatkan besar juga kerana Integriti adalahpendirian utama badan itu. Dan, jika benarlah dakwaan tersebut dengan yang mengambil contoh kes menantu Menteri Besar Kelantan, bermakna SPRM sendiri mengalami "korupsi" kuasa. Lantas, ke mana pula negara dan rakyat hendak bergantung harap bagi menyelesaikan masalah berkaitan korupsi.
              Menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Ab Rahman, dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa dan pengurusan kewangan dalam projek Bazar Tok Guru sehingga membabitkan kerugian RM50 juta. Bagaimanapun, siasatan SPRM mendapati tiada kes rasuah dalam projek tersebut. Katanya, pendirian SPRM terhadap kes itu amat mengecewakan rakyat Kelantan bahkan seluruh negara.
            Mengulas hal sama, Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia(JMM), Noraini Abd. Khalil Saferi,  meminta SPRM membuat penjelasan terhadap bagaimana begitu mudahnya Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, memutuskan tiada kes rasuah.
            Demikian juga dalam kes Talamgate, menurut Wan Khairul Ihsan, pihaknya mendapat maklumat awal dalaman SPRM bahawa Datuk Shukri sebagai berkata tiada kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
            Secara kebetulan, kedua-dua peristiwa yang didakwa berlakunya penyalahgunaan kuasa itu berlaku di dua buah negeri yang ditadbir oleh pembangkang.
            Malah beberapa tidak lama dulu, rakyat Perak juga ada melapor dan mendesak SPRM menyiasat dan mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin pembangkang negeri itu yang dikatakan telah menyalahgunakan kuasa ketika pakatan pembangkang memerintah Perak yang diketuai oleh Mohamad Nizar sebagai Menteri Besarnya  ketika itu.
            Justeru, SPRM sewajarnya menjelaskan kepada rakyat terhadap kedudukannya sebagai badan yang bersifatnya integriti, yang tidak memihak, tegas, berani, telus dan boleh dipercayai.
            Apakah ketika ini SPRM benar-benar berada di landasannya atau menjadi mangsa peras ugut atau terhirup dengan ideologi politik sesebuah parti adalah antara persoalan yang mungkin terbuku di fikiran rakyat sekarang.
            Oleh itu, suruhanjaya yang dicadangkan itu wajar diwujudkan segera bukan sahaja untuk menyiasat kes Lembah Sireh malah beberapa kes yang keputusannya meragukan (yang dibuat oleh SPRM) perlu di siasat semula. Dan, semua iklan berkaitan kempen anti rasuah yang dimainkan di media-media juga hendaklah digantung sementara.
            Justeru, sekiranya terdapat unsur-unsur berat sebelah atau peras ugut sehingga menyebabkan SPRM hilang keintegritiannya, maka pegawai SPRM terbabit dalam kes-kes berkenaan wajar dikenakan tindakan bagi menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan amat serius terhadap kes korupsi terutama yang membabitkan kepentingan rakyat.
            Sesungguhnya, kepercayaan rakyat terhadap badan itu tidak sepatutnya disangsikan hanya dengan sebab nila setitik.


Jagindas: Cadangkan tutup sementara operasi SPRM sehingga badan itu telah benar-benar dipulihkan - itupun jika ada kes!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.