HADI AWANG |
Janganlah Sampai Ke Jalan Sesat
AMANAT Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
seperti yang ditampalkan di bawah sudah berusia lebih 31 tahun. Ibarat manusia,
kiranya memang sudah dewasa dan matang. Halusi kandungannya:
“Saudara-saudara sekalian!”
“Percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama
dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan
kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia
menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan
peraturan kafir.”
“Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah
“Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah
saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita
adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita
berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan
ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.”
“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk
“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk
Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk
Budha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik
suku (asing) agama suku.”
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Kuala Terengganu,7 April 1981.
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Kuala Terengganu,7 April 1981.
SEBAIK sahaja
amanat ini diisytiharkan oleh PAS sebagai kepercayaan (percayalah!) politik mereka, macam-macam tragedi berlaku dalam
negara. Antaranya sembahyang dua imam dan yang paling memudaratkan umat Islam
ketika itu (mungkin juga sampai ke hari ini masih ada?) adalah perpecahan dalam
masyarakat dan keluarga.
Sehingga ada yang memboikot sakit demam, mati hidup dan kenduri kendara sesama Islam (Umno - Pas), hanya kerana haram bagi Pas menziarahi, mengurus, meraikan mahupun berimamkan imam atau meraikan majlis dari kalangan orang Umno.
Sehingga ada yang memboikot sakit demam, mati hidup dan kenduri kendara sesama Islam (Umno - Pas), hanya kerana haram bagi Pas menziarahi, mengurus, meraikan mahupun berimamkan imam atau meraikan majlis dari kalangan orang Umno.
Tidak perlu diulas panjang sebab isu
ini memang sudah menjadi pengetahuan dan pengalaman umum. Cuma, baru-baru ini isu
ini timbul kembali apabila Pas nampaknya semakin 'mengada-ngada' persis manusia
maksum yang sentiasa terpelihara. atau macam anak nakal yang gila bahasa dan
tak reti bahasa.
Bukan disebabkan pilihanraya akan
menjelma makanya, isu sebegini menjadi mainan semula (kerajaan) tetapi kerajaan
mahu rakyat terutama yang berilmu dan berakal sama ada generasi lama mahu pun
baru, insaf bahawa Pas sejak dulu memang selalu membawa kekarutan, kekusutan
yang akhirnya mengheret ramai manusia ke lembah kesesatan. Ada yang membawanya
sampai mati. Siapa nak tanggung?
Walaupun jelas nampak sembahyangnya,
puasa zakatnya serta bertasbih tidak lepas di bibir, namun kesesatan tetap sesat.
Itulah sebab Allah berfirman: akan ada yang sembahyang hanya mendapat penat
sahaja, yang berpuasa hanya mendapat lapar dahaga sahaja. Jelas sudah, yang
berilmu akan diuji dengan ilmunya, yang berharta akan diuji dengan hartanya
demikianlah yang lain-lain.
Akhirnya, nafsu yang bertuankan iblis
dan syaitan menutup pintu akal fikiran mereka lalu mengheret ilmu yang sebesar
gunung itu melahirkan didikan yang jijik, hina lagi menyesatkan.
Sama ada Pas sedar atau tidak, sebenarnya banyak yang disebut-sebutkan Pas dahulu memukul dirinya sendiri. Ibarat berkacakap tergigit lidah sendiri. Ibarat memukul, seperti memukul air di dulang. Dan, kalau pas membenci sehingga meludah, bagaikan meludah ke langit. Begitu adanya sekarang.
Kalau dahulu, bijak pandai termasuk
golongan ulamak bercakap sekadar "tidak patut..', "tidak
wajarlah..", ketika mempersoalkan amanat Hadi itu, tetapi hari ini ramai
yang bangkit dengan berani mengatakan bahawa amanat itu adalah haram bahkan
menarik kembali amanat itu dengan penuh kesal dan insaf juga adalah WAJIB.
Meski ini bukannya fatwa, tetapi
Hadi sewajibnya merenung kembali dengan akal fikiran yang jelas (setelah beristighfar
beribu kali?). Barangkali juga, jika Hadi masih sangsi dengan gesaan dan
hukuman itu, beliau boleh bermuzakarah dengan pihak ilmuan berkenaan bersama hati
yang terbuka lagi bersih mengenai isu berkenaan dengan melupakan sebentar
soal-soal kepolitikan tetapi bulat dan tegas semata-mata di sudut peradaban
keilmuan Islam.
Namun, jika Hadi dan kuncu-kuncunya
masih berdegil yang barangkali dikabui oleh nafsu politiknya yang meluap-luap
dengan melihat semua orang Melayu yang bukan Pas adalah terkeluar dari landas
Islam, maka penulis percaya Hadi hanya akan mengkaji amanat itu dan mencari
bait-bait atau frasa-frasa yang boleh ditunggang terbalikkan pentafsirannya
yang akhir memaklumkan bahawa manusia di luar sana tidak memahami maksud amanat
itu. Ini adalah perkara biasa yang berlaku. TIdak mustahil Hadi akan lakukannya
terhadap isu amanat ini juga.
Sebab itu, beliau mengambil sedikit masa
untuk terus menjawab gesaan tersebut kerana barangkali beliau sedang bermeja
bulat dengan rakan tolannya bagi mencari sebab mengapa amanat itu tidak perlu
ditarik semula! (elok juga jemput Karpal Singh di meja bulat sama bagi membantu
terjamahan dari sudut undang-undang!).
Sudah tentu, alangkan belum ditarik
sudah ramai yang berfareqah keluar dari
saf Pas, inikan pula kalau ditarik dengan penuh nada kesal dan insaf! Pas amat
takut kejadian ini terjadi kerana ia pastinya akan memudaratkan peluangnya
dalam PRU13 nanti. Jadi, apakah erti semuanya itu? Nafsu. Itulah Nafsu yang
telah melesukan pemikiran golongan yang ghairah dan riak ini.
Tidak mustahil. Kerana, selama
inipun Pas ketika mentafsirkan ayat-ayat Quran pun mereka akan mentafsirkan ke arah
yang menguntungkan pihaknya. Dengan kepetahan menokok tambah tafsir itu
sehingga ramai juga ulamak yang sepatutnya berdarjat sebagai ulamak tersohor
sanggup mengelumangkan diri bersama Pas. Habis, tuah nan sembilan disebabkan
celaka yang satu! (frasa ini salah perbidalan melayu, jangan salah tafsir
pulak)
Semalam pula, Mursyidul Am Pas, Haji Nik Aziz, mengarahkan supaya bala tenteranya menggunakan ayat Quran dalam siri kempen menjelang PRU13 ini. Penulis percaya, nanti akan keluarlah berbagai-bagai tafsiran. Silap-silap pada satu ayat akan terpacul berbagai tafsiran yang berbeza tetapi percayalah mereka tidak akan berantakan kerana yang penting tafsiran itu mesti menjurus menguntungkan Pas meskipun terpaksa mengelirukan umat Islam hatta menyorong mereka ke neraka sekalipun.
Kafir mengkafir, murtad memurtad
bukanlah perkara baru tetapi apa yang lebih penting ianya bukanlah suatu
perbuatan yang boleh dimain-main, digurau senda atau di sorong tarik. Orang
melayu ada kata; sebab pulut santan binasa...akhirnya huru hara! Seperti kata
Tun Mahathir, Islam adalah agama keamanan baca di sini.
Justeru, orang Pas kalau tidak mahu
keluar dari parti Pas pun bagi penulis tidak mengapa, apa yang penting sekarang
Pas wajar (wajib kata mufti Harussani) menjelaskan kepada rakyat (Islam)
apa-apa ajarannya yang terdahulu yang jelas dalam Islam sebenarnya adalah salah
serta menyesatkan! Yang kita risaukan adalah golongan yang taksub amat. Bagi
mereka yang kembali berfikir secara rasional, Alhamdulillah, mudah-mudahan
Allah terus memberikan taufik dan hidayah-Nya.
Jagindas: astaghfirillah hal'azim.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.