Bagi Mendaulati Kedaulatan Undang-Undang
BERITA Harian semalam 18 Disember, 2012
menyiarkan artikel di ruangan Rencana/p.21/ bertajuk: Undang-Undang Syariah, Sivil Perlu Dihormati tulisan Prof. Madya di
Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM), Shamrahayu A. Aziz.
Tulisan
beliau itu menarik minat penulis untuk mengulasnya kebetulan ketika ini Pas
sedang asyik menjual sahamnya bagi merealisasikan hukum hudud di negara ini dan
pada masa sama ada kepincangan melaksanakan hukuman terhadap pesalah yang
membabitkan orang bukan Islam. Isu kedai gunting rambut unisex di Kelantan
baru-baru ini benar-benar mencabar DAP dan turut menguji kejantanan Pas dalam
melaksanakan hukum berkenaan.
Memang,
secara prinsipnya mana-mana undang-undang yang telah diluluskan dan diguna
pakai hendaklah dihormati oleh seluruh rakyat negara ini kerana ia adalah
syarat dan tanggungjawab menjadi warganegara ini. Dalam perlembagaan dan rukun
negara jelas mempamerkan maksud tersebut.
Namun,
yang menjadikan ia agak "kelam kabut" apabila timbulnya undang-undang
yang bertindih tetapi menyongsang. Ia itu apabila ada kes jenayah di mana hanya
orang Islam sebagai pelaku sahaja yang terhukum manakala yang bukan Islam tidak
diapa-apakan - rujukan kes: misalnya khalwat dan zina membabitkan orang Islam
dengan bukan Islam.
Inilah
yang penulis katakan bertindih tetapi menyongsang. Kerana mengikut
undang-undang syariah sedia ada (bahkan hukum hudud Pas juga begitu), tiada
peruntukan bagi yang bukan Islam manakala dalam sivil pula jika ia bukannya kes
rogol (yakni langganan suka sama suka) maka tiada kes untuk disabitkan dalam
sivil.
Pun
begitu, jika semua rakyat berpegang kepada prinsip menghormati perlembagaan dan
menghayati rukun negara, kedua-dua undang-undang tersebut sepatutnya terpakai untuk kedua-dua
pihak iaitu termasuk bukan Islam, meskipun kes yang disebut itu adalah jenayah
syariah.
Rukun
negara ke tiga,ke empat dan ke lima (keluhuran perlembagaan, kedaulatan
undang-undang dan kesopnan dan kesusilaan) jelas dan terang menunjuk bahawa
semua rakyat di negara ini mesti mematuhinya sebagai rakyat yang
bertanggungjawab.
Justeru,
kerajaan khususnya (atau kerajaan mengarahkan peguam negara), perlu meletakkan
satu undang-undang khas di dalam sivil di mana mana-mana pesalah bukan Islam
yang melakukan kesalahan bersama orang Islam (sebagai contoh, khalwat dan zina,
bersekedudukan walau dengan pelacur sekalipun) hendaklah kes mereka itu disebut
dalam mahkamah sivil (secara berasingan). Ini bertujuan bagi mendisiplinkan rakyat
bahawa sesiapa sahaja mesti mengormati undang-undang yang diluluskan selain
dari setiap rakyat digalak supaya sentiasa berkelakuan baik, sopan serta berbudi
perkerti mulia.
Begitu
juga contoh bagi kes orang melayu yang berkerja di peremis yang menyajikan
minuman keras atau judi tetapi berlesen. Yang ada ketika ini pekerja melayu
Islam akan dikenakan hukuman melalui mahkamah syariah namun majikannya tidak
ada sebarang tindakan dikenakan. Bagi penulis, sepatutnya pemilik perniagaan
itu juga wajar dikenakan tindakan di mahkamah sivil kerana dia juga sbenarnya secara
sedar menodai apa yang orang Islam tidak boleh lakukan di peremisnya atau
sebagai pekerjanya.
Barangkali
sukar untuk dilaksanakan malah mungkin ia juga akan menimbulkan pelbagai
polemik apalagi jika politik dan NGO masuk campur. Namun, jika ia dapat
dilaksanakan atas prinsip rakyat wajib mematuhi dan menghormati perlembagaan
dan rukun negara, penulis percaya usaha membanteras orang-orang Islam tidak
bersekongkol atau bersubahat dengan kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti yang diharamkan
oleh Islam dapat dilaksanakan.
Saya
percaya, jika penerangan yang sempurna diberikan kepada rakyat terutama yang
bukan Islam, tiada sebab mengapa golongan tersebut membantah atau menolaknya.
Justeru,
seperti mana kata Prof. Shamrahayu mengakhiri tulisannya, oleh kerana negara mempunyai
dua sistem undang-undang, kita perlu sentiasa menghormati kedua-duanya untuk
menjadikan kedua-duanya berfungsi dengan baik dan sempurna sebagaimana asal
tujuannya.
Jagindas: Didikan agama
Islam melengkapkan manusia daripada kejahatan dan kedunguan sekiranya manusia
itu tidak angkuh untuk mentaatinya, Wallahhuallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.