Selasa, 18 Disember 2012

RAMALAN KIAMAT MERESAHKAN ORANG KAYA


Ramai Tak Lena Tidur Menanti 211212

KERANA kepenatan memandu daripada Johor, penulis singgah bermalam di Seremban. Ada sebuah hotel bajet "Seremban Inn" namanya. Bolehlah sekadar untuk merehatkan badan dan minda.
            Semasa minum petang di sebuah gerai berhampiran hotel itu, penulis secara tidak sengaja duduk semeja dengan seorang 'apek'. Namanya Ah Kong  berusia 62 tahun. Walaupun sudah seusia itu, Bahasa Melayu-nya..masya-Allah, teruklah! Namun, bukan dia seorang sahaja yang begitu, majoriti cina di Malaysia ini memang menggunakan Bahasa Melayu satu Malaysia (BM1M). Itu, bagi penulis tidak penting sangat ketika ini. Yang penting adalah biji buah perbualan kami. Ada dua tiga cerita yang dapat penulis kutip. Dan, yang ini adalah satu daripadanya:
              AL-KISAHNYA, dia begitu marah dengan sebuah berita mengabarkan kononnya dunia akan hancur menjelang 21 - 25 Disember ini berdasarkan kalender yang didakwanya kepercayaan 'Mat Saleh' dan orang cina juga.
            Ah Kong menyifatkan, mereka yang membuat cerita tersebut bukan sahaja sebagai karut tetapi juga bodoh!. Katanya, bagi mereka mempercayainya ia telah membuatkan keadaan menjadi kelam kabut sehingga ada yang sukar tidur malam dan gelisah sepanjang hari terutama bagi golongan mereka yang berada atau orang kaya. Pendek kata, mereka berkenaan makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena disebabkan kepercayaan tersebut.
            Menurutnya, orang yang 'mencipta' ramalan hari terkahir dunia itu disifatkan sebagai orang yang suka mengacau dan menyusahkan orang ramai.
            "Dia orang memang tak boleh tengok orang lain senang. Hari-hari fikir macam mana mau kacau orang. Macam mana mahu bikin orang jadi huru hara. Jadi gila!", katanya dengan nada marah.
            Dia tidak menyebut sesiapa, tapi dari percakapannya penulis percaya dia merujuk kepada orang barat (barangkali Amerika dan Israel). Sebab, dia kerap menyebut kekacauan dan kezaliman di Palestin (Dia sebut paten. Penulis ingatkan ikan patin)
            "Mereka sudah biasa kacau orang. Tengok itu paten (palestin) hari-hari pun dia orang kasi bunuh tidak kira perempuan atau budak kecik. Macam ini punya orang ada akal ka? Namanya saja pandai", sergahnya.
            Kata Ah Kong, kalaulah sampai masanya nanti dunia ini runtuh, siapapun tidak boleh lari. Simpan makanan pun tidak berguna, sebab semua orang sudah mati. Dia juga turut hairan bagaimana orang ramai terutama kaum cina begitu mudah percaya dengan ramalan tersebut berbanding orang Melayu.
            Penulis tidak memberikan reaksi apa-apa selain membiarkan sahaja dia membebel. Cuma sesekali mengangguk-ngangguk tanda bersetuju dengan pendapatnya. Kalau penulis cakap pasal kitab terhadap bab-bab qiamat ini, penulis rasa penulis pulak yang jadi gila! Ada ke dia nak faham? Jadi, layannn....
            Dari apa yang dia beritahu penulis, Ah Kong ini cuma orang kampung biasa dan hanya bersekolah rendah di zaman kecilnya. Dia berkeja sebagai penjaja ais kerim. Tetapi, cara dia berfikir nampaknya tidaklah terlalu taksub cinanya walaupun Bahasa Melayunya hancur lebur mukhlisin!

Jagindas: Bila penulis tanya, apek sudah ada berapa cucu. Dia kata malu nak cakap..... sebab: rupa-ruanya dia masih bujang trang tang-tang. Patut laaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.