Isnin, 10 Disember 2012

SAMPAI BILA BERMAIN WAYANG


Pagi Di Serbu, Petang Operasi Semula

MASALAH JUDI DAN MAKSIAT bukan sahaja semacam sukar untuk dinyahkan malah dilihat semakin menjadi-jadi berkembang biak. Dari bandar ke pinggir bandar dan dari pinggir bandar masuk ke pekan-pekan kecil lantas meresap ke desa-desa.
            Antara lain kesan maksiat perjudian ini terhadap penduduk sejagat adalah semakin kerap berlaku kes-kes kecurian, samun dan pecah rumah. Penduduk sudah jenuh bercakap, merungut malah ada yang sudah bersuara lantang kepada pihak berkuasa namun masih juga seperti itu keadaannya. Tapi dalam perhimpuna agung umno 2012 (PAU2012) baru-baru  ini tiada siapa yang menyentuh hal tersebut sebab semua dah nampak pilihanraya sahaja!
            Soalan yang yang biasa kita dengar adalah, mengapa jadi begitu? Dan, jawapan yang biasa juga kita dapati adalah orang ramai perlu berganding bahu dengan pihak berkuasa bagi membanteras jenayah seperti itu.
            Pagi tadi, sambil minum di warung, penulis memasang telinga kepada sekawan pelanggan yang sedang marah benar terhadap kegiatan mesin judi haram yang mereka dakwa semakin berkembang di kawasan mereka. Penulis berminat mendengarnya sebab kes ini seakan sama dengan tempat penulis tinggal.
            Menurut mereka, kalau waktu pagi polis buat serbuan, tetapi pada sebelah petangnya peremis judi berkenaan beroperasi semula!
             Salah seorang daripada mereka, penulis percaya dia adalah bekas angota penguatkuasa yang telah bersara berdasarkan cara perbualannya. Tidak pastilah pula sama ada polis atau yang lain.
            Mendengar sembang-sembangnya itu, penulis teringat Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi juga apabila mendedahkan pelbagai perkara masalah dalaman jabatannya setelah bersara.
            Menurut "orang itu" ketidak seragaman dan kesepakatan antara agensi-agensi penguatkuasa menyebabkan tindakan sukar diambil kepada taukeh-taukeh yang menjalankan aktiviti perjudian seperti di dakwa penduduk.
            Katanya, dalam hal pembanterasan atau serbuan ke peremis berkenaan sekurang-kurangnya tiga agensi mesti terbabit iaitu Polis,Majis Daerah(kerajaan tempatan) dan jabatan agama Islam.
            Namun, apa yang berlaku katanya selalunya hanya polis sahaja yang berbuat demikian dan ini menyukarkan pihak berkenaan membuat pendakwaan berikutan ia juga membabitkan dua agensi terbabit. Setakat ini katanya, Jabatan Agama Islam lebih berminat untuk tangkap orang khalwat, zina dan beli nombor ekor sahaja.
            Lagi bagus katanya, sertakan bersama dengan agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi tersebut. "Akan jelaslah banyak hal," katanya.
            Justeru, kata "orang itu" jika penglibatan seperti itu tidak dilakukan apa juga tindakan yang dibuat hanyalah umpama main wayang semata...
            Penulis, agak terkejut juga mendengarkan percakapan terbuka "orang itu". Barulah penulis nampak jelas mengapa perimis judi haram seperti itu walaupun telah banyak dibuat serbuan dan tangkapan namun tumbuhnya tetap melata.
            Memang menyedihkan, apabila penulis dengar dek kerana menjadi "tahi mesin judi" ramai yang telah bergadai-bergolok. Ada rumah tangga yang berantakan. Dan, yang paling malang ramai kalangan mereka adalah orang Melayu dan Islam. Pada masa sama penduduk tempatan mendapat tempiasnya apabila kes pecah rumah, curi dan samun kerap berlaku.


Jagindas: Takkanlah sampai nak tulis surat kepada Yang Dipertuan Agong Kut...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.