PAK MAT.... sedang membaiki televisyen (Gambar Ihsan Utusan Malaysia) |
Buta Tetapi Celik Akal
DALAM sesuatu pengisian di majlis
sambutan Maal Hijrah peringkat negara mahupun negeri, selalunya kita akan di
pamerkan dengan kehebatan orang-orang tertentu bagi meraih anugerah khas Maal Hijrah.
Antara lain tokoh agama, tokoh koperat dan beberapa orang yang diambilkira dari
segi pencapaian akademik, sosial ataupun perniagaan.
Tetapi,
bagi penulis orang seperti Pak Mat (Mohd Jaafar Saidin), 59, yang buta sejak
lahir tetapi berkemampuan membaiki peralatan elektrik tanpa mendapat sebarang pendidikan
formal mengenainya adalah sepatutnya terbaris dalam penerima anugerah
berprestej seperti itu dalam kalender Islam [cerita lanjut di
sini]
Namun, ia tidak berlaku begitu kerana kita
terfokus menilai kecemerlangan nilai hijrah seseorang itu kepada pencapaian
akademik atau kecermerlangan peribadi dalam pelbagai bidang yang berlandaskan
formaliti pendidikan atau permerolehan pencapaian peribadinya.
Pak
Mat, bukan satu-satunya contoh orang kelainan upaya (OKU) yang mampu melakukan
sesuatu kerja di luar kebiasaan norma manusia biasa. Barangkali ramai lagi yang
beroleh 'kecemerlangan' seperti beliau tetapi cerita mereka mereka hanya
sekadar diberi ruang di dada akhbar yang tidak lebih sebagai pencetus minda, simpati
mahupun motivasi kepada manusia di luar sana yang cukup sifat.
Meskipun,
kebolehan yang dimiliki Pak Mat adalah suatu anugerah Ilahi, namun ia tidak
akan berlaku jika beliau mengabaikan 'pemberian ajaib' itu. Sama juga bagi mereka
yang berjaya dalam bidang koperat, sudah tentu perniagaan mereka tidak akan ke
mana-mana atau hanya di takuk lama jika mereka tidak berupaya mencerna
perniagaan mereka itu ke arah yang lebih baik, bermutu dan gemilang.
Justeru,
pada masa akan datang, pihak berkenaan sewajarnya mengambil kira
kebolehan-kebolehan luar biasa seperti Pak Mat ini untuk dipamerkan dalam
kalendar Islam sebagai salah seorang penerima anugerah sempena program tahunan
kerajaan dalam majlis Maal Hijrah bagi kategori-kategori tertenu atau khas.
Kalau
kita masih diingat, seorang tua dan juga buta di Trengganu dikenali sebagai JM
Aziz (Allahyarham), adalah penulis puisi marhaen yang karya-karyanya begitu
rapat dengan alam terutama di persekitaran tempat tinggalnya di perkampungan
nelayan di Pantai Timur.
Karya-karyanya
begitu puitis malah ada yang sudah dirakamkan sebagai nyanyian oleh
penyanyi-penyanyi tempatan. Beliau juga bukan bekas pelajar dikolej mahun
universiti. Malah menyentuh tingkatan enam pun tidak pernah.Dan, atas
keunikannya itu setinggi manakah penghargaan yang pernah dikecapinya? [sebuah
karya JM Aziz di sini]
Jagindas: Pengiktirafan
kita masih belum bersifat global..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.