Jumaat, 22 Februari 2013

KARPAL TERUS BERMAIN API


Suhu Panas Semakin Tinggi

KEGATALAN mulut Pengerusi DAP, Karpal Singh, sudah semakin menjadi-jadi. Gatalnya itu macam kera kena belacan. Habis semua nak digarunya termasuk orang-orangnya sendiri.
            Tapi yang dia paling suka garu adalah isu penggunaan kalimah Allah bagi orang kristian dalam kitab-kitab mereka versi bahasa melayu. Meski Karpal tahu isu ini sudah selesai dan semua pihak diminta tutup buku malah Pas sendiri sudah membuat pusingan 'U' terhadap pendiriannya sebelum itu, namun Karpal tetap berdegil kerana perbuatan kekasihnya itu (Pas) amat melukakan hati dia.
            Biarpun seorang lagi sekutunya Anwar masih kekal dengan keputusan sebulat suara dalam Pakatan Rakyat (PR) yang dibuat pada pada 8 Februari, 2013 tetapi Karpal masih tidak puas hati kerana dia tahu kekuatan suara bagi hal-hal yang berkaian agama Islam hendaklah dilontarkan oleh mulut Pas. "Sampai hati Pas menodai janji setia..", barangkali begitu bisik hati Karpal lalu terus mendendam!
             Karpal yang begitu minat dengan isu kalimah Allah membuatkan banyak pihak menjadi tanda tanya kerana beliau sendiri beragama Sikh (agaknya) manakala isu yang diperjuangkannya itu adalah untuk agama Kristian. Bermakna Karpal masuk campur merentasi dua pihak iaitu Islam dan Kristian di mana Sikh behasrat menjadi hero penyelamatnya! Huh, begitulah hebatnya Karpal.
            Bagi Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad  Zarkashi, katanya itulah tanda Karpal berniat untuk melaga-lagakan puak Islam dengan puak Kristian di negara ini.
            Semua pihak tahu bahawa isu agama adalah sensitif . Kalau dulu ketika ISA masih berkuasa, sesiapa sahaja yang keterlaluan memainkan isu itu dia boleh ditahan di bawah akta tersebut kerana keadaan itu boleh membawa kepada kemudaratan rakyat atau boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram atau kacau bilau dalam negara.
            Namun, Karpal yang dikenali sebagai peguam tersohor yang amat gembira dengan akta baru keselamatan (Akta Keharmonian Nasional) bagi menggantikan ISA yang dimansuhkan menggunakan sepenuhnya 'mana-mana ruang yang longgar' dalam akta baru itu sehingga menyebabkan dia sukar untuk disabitkan untuk ditahan. Bijak kan?
            Atau..mungkinkah pihak berkuasa memang sengaja membiarkannya berlarutan menunggu bengkak mengisi nanah?
            Kalau tidak, apa perlunya kita berbalah-balah bertegang leher membantah dan mengutuk Karpal sedangkan dari riaknya itu dia sudah boleh di simpan-beku buat beberapa ketika! Itu kalau dari sudut ISA lah...
            Barangkali dia tahu yang dia adalah OKU (orang kurang upaya), maka dia beranggapan tentulah orang tidak sampai hati nak pekenakan dia. Begitulah beruntungnya hidup di Malaysia kerana rakyatnya amat bertimbang rasa selain tinggi nilai budi bahasanya. Kalau nak pukul orang pun kena tanya dulu: boleh saya pukul di kepala anda..?
            Itupun tak berterima kasih lagi!

Jagindas: Ada sesiapa berani sumbat mulut Karpal Singh?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.