Jika Pengurusannya Banyak
Masalah
BARU-BARU INI ada satu pihak menegur
pengurusan beberapa persatuan sukan negara. Ada yang menyokong dan ada yang
membantah. Pihak tuan punya badan yang kena kritik tentulah mempertahankan
dirinya sebagai bagus-bagus. Kemudian, diam. Sepi, senyap!
Membaca
beberapa artikel mengenai hal-hal berkaitan sukan dalam negara banyak yang
menggelikan malah ada bab-babnya memualkan. Rasanya tak perlu diulas panjang lebar
kerana yang mengikutinya tentulah faham dan maklum manakala yang terkena
tentula marah dan berasa kecil hati. Lantaklah.
Kadang-kadang,
mereka terbabit meletakkan isu sukan negara ini macamlah lebih penting daripada
kestabilan politik, ekonomi dan tahap sosial negara. Macamlah seolah-olah
begitu!
Baru-baru ini Datuk Shahidan Kasim
pula kena jatuh hukum. Denda dan gantung
baca di sini . Shahidan yang
'terpaksa' menerima hukuman itu kemudian membalas sinis bahawa beliau tidak
menghalalkan duit denda yang mesti di bayarnya itu baca di sini.
Penulis tidak bercadang hendak mengulas lebih lanjut
masalah itu. Cuma berharap semua pihak yang terbabit dalam hal ehwal sukan
negara dapat melaksnakan tugas dengan jujur, kuat dan berintegriti.
Mementingkan kepentingan nagara dengan menolak kepentingan diri, itu adalah
paling utama.
Bab-bab halal menghalal seperti yang
diluahkan Shahidan itu pada penulis beliau tidak perlu mengucapkannya. Sebab,
mengapa pula bab denda nak sebut halal haram, perbuatan sukan itu sendiri
halalkah?
Dari segi pakaian tidak menjaga aurat.
Itu sudah haramdah. Kalau dianjur pula, pergaulan jantan betina juga tiada
kawalan. Itu pun kena juga tempiasnya. Makna kata, dalam hal ehwal sukan itu
pun ada benda-benda yang nyata haramnya kalau diikut dari sudut fiqh-nya.
Justeru, kalau Shahidan bersumpah-sumpah
quran pun mengharamkan duit denda itu sebenarnya tidak menjadi kudis. Jalanilah
dan laksanakan hukuman yang telah dijatuhkan. Sepanjang tempoh itu, mohonlah
petunjuk daripada Allah swt...
Sebenarnya, apapun kedudukan kita, kita
dapat rasa sama ada orang suka kita atau tidak (majoriti)... Jadi, eloklah tarik diri sebelum orang sepak kita
keluar! Macam pemain tendang bola keluar padang! Tetapi, kalau kita memang
dianiaya atau teraniaya, maka wajiblah mempertahankan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.