Rabu, 27 Februari 2013

MASIH LAGI BEGITU....

GAMBAR HIASAN


Bila Orang Besar Turun, Peruntukan Pun Turun..

KETIKA penulis sedang minum bersama rakan-rakan di sebuah gerai majlis daerah, tiba-tiba kelihatan tiga orang sedang asyik memeriksan bangunan gerai tersebut. Difahamkan dua daripada kakitangan daripada Majlis Daerah.... dan seorang lagi berbadan gempal lagak rock adalah seorang kontraktor.
            Penulis cuba merisik-risik dengan peniaga dan pelanggan di situ. Kononnya, mereka sedang memeriksa kerosakan-kerosakan yang dialami peniaga seperti bumbung bocor, kipas angin tidak berfungsi, masalah longkang, tandas dan macam-macam lagi.
              "Kenapa tiba-tiba saja? Menurut beberapa peniaga d i situ mereka telah mengadu banyak kali terhadap beberapa masalah kerosakan bangunan gerai dan tandas di situ tetapi biasalah, alasan yang diterima adalah: sedang dalam perhatian, belum di luluskan lagi, peruntukan belum ada dan macam-macam lagi..
            "Soalnya, kenapa tiba-toba sekarang pula? O..rupa-rupanya ada orang besar nak turun ke kawasan itu lebih kurang tak sampai seminggu lagi. Begitulah mentaliti pengurusan agnsi kerajaan kita. Dari dulu sampai sekarang masih tetap sama.
            "Pelik juga, bila orang besar nak datang semuanya lulus dan ada pula peruntukan. Namun, cuba bayangkan membaiki tandas (lantai, dinding, mangkuk dan yang berkaitannya) dalam tempoh tidak sampai seminggu.
            "Berapa hari agaknya boleh tahan? Begitulah juga denganbab-bab lain. Selepas habis majlis sambut orang besar, sebulan dua lepas itu rosak lagi...Buat sebut harga lagi... keluar peruntukan lagi.... Itu sebablah duit tak pernah yang cukup. Sebab itulah 'majlis daerah..' selalu saja rugi!
            "Macam sekarang lah, apa-apa pun turun. Tambah pula kalau Naib dan Muhyidin yang turun. Majlis daerah dan JKR kelam kabut buat itu dan ini. Habis sahaja program, lantak kamu lah...Buatlah aduan bertimbun-timbun, tak siapa yang peduli.. Hujung-hujungnya, pemimpin juga kena tipu..."
            "Selalunya macam itulah... bila dah banyak yang mati eksiden atau orang TV sibuk ambil gambar barulah sibuk nak pasang lampu isyarat dan tampal jalan berlubang.
            Begitulah antara lontaran suara penduduk sambil melihat aksi pegawai majlis daerah dan kontraktor yang terkinja-kinja memeriksa bangunan gerai tersebut.
           

Jagindas: Biasalah bang....bila ada tetamu ada pihak yang menamu! Tapi kalau bab-bab nyawa tu, agak-agaklah sikit...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.