Isnin, 25 Februari 2013

PERTAHANKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


DEMI MARTABATKAN SEKOLAH KEBANGSAAN DAN BAHASA MELAYU

KESUNGGUHAN kerajaan memartabatkan dasar pendidikan yang antara lain bertindak sebagai pemangkin dalam proses pemupuk semangat perpaduan negara nampaknya dipandang sepi oleh pihak lain.               
              Dalam urusan ini, saya melihat UMNO sahaja (agak tepat kalau dikatakan orang melayu) yang beria-ia untuk mewujudkan satu kelas bangsa yang bersatu padu melalui satu sistem pendidikan manakala pihak lain khususnya orang cina dan india tidak menampakkan kesungguhan mereka menyokong usaha itu.
               Alasan penulis berkata begitu adalah jika mereka bersungguh-sungguh terhadap usaha berkenaan, sudah tentu mereka tidak akan membuat pelbagai tuntutan yang condong kepada kepentingan kaum tetapi ianya menyanggah dasar yang ditetapkan. Tindakan mereka juga turut memberi ruang kepada pihak-pihak NGO cina dan india membuat tuntutan dan desakan yang bukan-bukan yang biasanya semakin berani menjelang pilihanraya.
               Senario yang dipamerkan MCA dan GERAKAN memberi gambaran seolah-olah mereka tidak pernah serius menyokong usaha kerajaan mewujudkan sekolah wawasan malah pada masa sama berdiam diri (atau mungkin juga mengenyit mata) apabila badan-badan NGO cina mengehentam niat suci kerajaan itu. Bahkan pada masa sama kumpulan itu juga turut menuntut beberapa perkara yang tidak masuk akal atau secara jelas menyalahi dasar pendidikan sedia ada sedangkan mereka memang mengetahuinya.
             Bagi saya, sebarang tuntutan yang dibuat dengan menyandarkan pilihanraya atau politik sebagai faktor kelulusannya adalah suatu perbuatan yang tidak jujur. Bak kata pepatah melayu: telunjuk lurus kelingking berkait.                 
             Beberapa kesilapan lampau yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu secara tidak 'sengaja' telah menafikan banyak dasar-dasar pendidikan negera telah dinodai dan akhirnya puak-puak ini menjadi naik tocang, banyak lemak dan keras kepala.

            Sebagai contoh berlaku di mana ada sekolah bantuan modal (cina dan tamil) yang diluluskan peruntukan baikpulih bangunan sehingga melebihi RM2 juta (hanya untuk sebuah sekolah) sedangkan sekolah berkenaan hanya memiliki tidak sampai pun lima puluh orang murid.
             Manakala, sekolah kebangsaan (SK)pula terpaksa berkongsi dengan beberapa buah sekolah lain untuk jumlah sebanyak itu. Faktanya, masih banyak sekolah kebangsaan yang muridnya padat dan berbangunan dhaif serta serba kekurangan.
             Inilah barangkali yang dimaksudkan oleh Sasterawan Negara,  Dr. Anuar Ridhwan yang juga Dekan Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA bahawa nasib sekolah aliran  kebangsaan sewajarnya lebih baik selepas pengumanan rumusan sidang meja bulat pendidikan yang diumumkan oleh menteri pendidikan pada September, 2012 lalu.
             Dalam tulisannya di ruang Rencana Akhbar di Berita Harian 27 Ogos, 2012,  pada muka surat 24, beliau melahirkan kebimbangannya terhadap nasib Dasar Pendidikan Kebangsaan,[baca di sini].
             Kebimbangan sasterawan negara itu mendorong penulis menyambung pandangan penulis dalam entry sebelum ini bertajuk: Akankah tercapai satu bangsa, satu bahasa dan satu negara - Sebab selepas 55 tahun berlalu kini masih gagal.
              Bagi saya, kebimbangan Dr. Anuar itu ada asasnya berikutan sejak akhir-akhir ini kerajaan dilihat lebih banyak bertolak ansur dalam erti kata mengorbankan beberapa ketetapan yang terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dipersetujui sebelum ini.
               Seperti mana orang-orang PAS memperjudikan agama dalam memperjuangkan urusan parti mereka, maka demikianlah orang-orang Cina dan India menggunakan isu tuntutan kaum masing-masing dengan berperisaikan politik (selain ekonomi). Permainan seperti itu menyebabkan banyak perkara bahkan dasar-dasar telah tersasar daripada landasan sepatutnya.
               Bukan sekadar itu, banyak lagi desakan yang dibuat oleh pihak terbabit namun apa yang jelas dilihat setakat ini kementerian pelajaran lebih banyak "berundur" daripada mempertahankan dasar yang telah dimaktubkan. Akhirnya, mereka menjadi banyak lemak dan besar kepala.
              Justeru, dasar pendidikan kebangsaan serta akta-akta berkaitannya seperti dalam Laporan Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan1979, Falsafah Pendidikan 1988, Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Pindaan 1997 tidak lagi dilihat mampu merealisasikan matlamatnya berikutan ianya telah dinodai.
               Tidak kira sama ada di persidangan meja bulat, meja bujur mahupun empat segi atau seluas mana NKRA yang hendak dilaksanakan, namun kandungan persidangan tersebut sewajarnya tidak terkeluar daripada dasar-dasar yang telah termaktub selagi ia tidak diubah di parlimen.
                Contoh paing mudah, setelah 55 tahun merdeka, sudah sepatutnya kita mempunyai hanya satu standard Bahasa Melayu (BM) untuk di semua pendidikan rendah. Ketika ini penilaian matapelajaran BM di sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil tidak sama dengan yang berlaku di SK (contoh: soalan BM dalam ujian penilaian sekolah rendah - UPSR bagi SK dan SJK dibuat secara berlainan standard).
               Mengapa perlu jadi begitu? Apapun alasannya, BM hanya perlu di ajar dan diuji dalam satu standard kerana martabat bagi bahasa itu adalah satu sahaja! Kalau begitu halnya, kita tidak perlu melalak menegur sikap orang cina dan india terhadap sistem pendidikan negara kerana kita sendiri yang memberi ruang meringan-ringan dasar yang dijadikan teras perpaduan itu.
                Dalam hal berkaitan, kegagalan kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan Bahasa Cina dan Tamil di semua sekolah SK di kawasan bandar dan pinggir bandar turut menjadi faktor golongan berkenaan tidak berminat untuk menyertai sekolah aliran kebangsaan.
                Sepatutnya, kerajaan khususnya kementerian pelajaran sudah lama menyelesaikan isu tersebut. Akhirnya, jalan mudah untuk mengalah adalah janji bahawa sekolah jenis kebangsaan (SJK) cina dan tamil terus akan dikekalkan.          
               Dalam perkembangan lain, setiap kali berlaku pertukaran menteri pelajaran, maka akan berlakulah juga pelbagai rombakan kandungan kurikulum dan kokurikulum di samping mewujudkan beberapa dasar baru. Kadang-kadang, kerja-kerja terdahulu masih belum selesai atau belum pun menampakkan hasilnya, tiba-tiba berlaku pertukaran atau program baru. Bahkan ada program yang dilaksanakan bagaikan belum duduk sudah berlunjur dengan alasan kononya kita perlu pantas dan maju kehadapan mendahului masa!
               Dalam urusan ini, pihak berkenaan hendaklah membetulkan kerasionalannya supaya setiap dasar baru dan program baru yang diperkenalkan tidak menjadi bahan tertawa oleh pihak yang melaksanakannya.
              Apa pun, pendidikan di Malaysia perlu bergerak seiring dengan kemajuan dunia globalisasi namun pada masa sama juga kita perlu melaksanakannya mengikut acuan kita bagi memastikan generasi yang dilahirkan tetap seimbang di segi mental, rohani dan jasmaninya.
              Dan, isu terkahir untuk penggal pilihanraya kali ini, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yassin, berkata kerajaan sedang mengkaji untuk mewajibkab lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada masa akan datang.

[Baca juga di sini dan di sini]

Jagindas:    Masih tebal diingatan penulis kata-kata seorang guru matematik tambahan dalam loghat cinanya, sebab setiap kali dia masuk ke kelas inilah mukadimah dia selalu sebut sebagai set induksinya: "...Subjek ini memang susah.  Orang Melayu memang tidak boleh belajar matematik tambahan...." Apa maknanya itu?
          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.