Kerana, Akar Umbi Tiada Data Rujukan
KEBIASAANNYA, dalam bulan Ramadhan
media-media cetak dan elektronik kerap memaparkan kisah-kisah masyarakat yang
bersifat 'human intrest'. Latar
belakang kemiskinan, kedhaifan, terbiar, anak yatim piatu dan berbagai cerita
yang seumpamanya atau lebih jelas dikatakan kisah-kisah yang mampu meraih
simpati manusia terhadap sebuah kehidupan yang dipaparkan.
Namun,
akhir-akhir ini pula nampaknya media-media semakin kerap memaparkan kisah yang
hampir sama tetapi lebih cenderung kepada kehidupan yang dhaif dan melarat.
Antaranya seperti kemelaratan hidup sebuah keluarga atau rakyat yang tidak
mempunyai rumah - berteduh dipondok bekas reban ayam, reban kerbau atau lembu
atau dibawah pohon kayu berdindingkan plastik dan kotak.
Membaca
beberapa peristiwa sebegitu penulis teringat sebuah kisah kemelaratan dan
merempatnya hidup sebuah keluarga (bekas tentera) yang penulis tulis di sebuah
akhbar (arus perdana) tempatan. Ketika itu bulan Ramadhan dan cerita tersebut
mendapat tempat di muka depan edisi nasional.
Sebaik
sahaja cerita itu keluar dan menjadi bacaan umum, ketua kampung terbabit
'menyerang' penulis kerana mendakwa tulisan itu telah memalukan beliau selaku pemimpin
kampung tersebut.
Secara
dasarnya, dalam Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Kampung (JKKK), penghulu,
pejabat daerah, parti sahsiah cawangan dan Bahagian pada organisasinya ada
biro-biron dengan potfolio masing-masing. Jadi, kita nak tanya:
1. adakah kampung memiliki data personal
kependudukan penduduknya sendiri dan diurus dengan sempurna? Data ini juga sepatutnya
boleh menjadi rujukan jabatan-jabatn lain seperti jabatan agama, kebajikan
masyarakat dan lain-lain?
2. adakah data personal kependudukan di
pejabat penghulu (mukim) selaras dengan data di kampung-kampung dalam
jajahannya serta dikemaskini dengan sempurna?
3. adakah parti sahsiah di cawangan memilik
data personal ahli-ahli / kependudukannya dan dikemaskini dengan sempurna?
4. adakah Bahagian parti sahsiah memiliki
data personal ahli-ahli / kependudukannya dan dikemaskini dengan sempurna?
(banyak lagi soalan pengurusan ini, tetapi cukuplah sekadar
itu sebagai panduan)
Jika jawapannya tidak ada: silalah
adakan.
Jika sudah ada tetapi tidak
kemaskini: sila kemaskinikan
Jika sudah ada dan rekodnya tip-top, maka:
a) apakah tindakan yang telah dibuat oleh
JKKK / parti sahsiah atau adakah sekadar merekod menghias almari dengan
fail-fail?
b) apakah pula yang dibuat oleh penghulu /
Bahagian parti sahsiah? Tidakkah data-data seperti ini amat membantu ketika
mesyuarat tindakan daerah?
Kalaulah
semuanya telah dilaksana dan diurus dengan baik serta mengikut saluran, maka
mengapa pula ada insan yang terlepas pandang? Sehinggakan yang hidup melarat
bukan baru semalam dua tetapi sudah bertahun-tahun! Kenapa pula sekarang baru semua pihak berebut-rebut turun padang
menghulur dan menyalurkan pelbagai bantuan? Apakah satu dua kes kemelaratan
seperti itu sememangnya disembunyikan untuk dijadikan 'aset' di saat-saat perlu
seperti musim pilihanraya sekarang?
Seronok
sangatkan dapat berucap menerusi kamera TV atau gambar terpampang di dada
akhbar sedang khlayak menjuehkan mulut melihat betapa dangkalnya tuan-tuan memikul
jawatan?
Adalah
amat malang jika dalam zaman teknologi canggih ini dan maklumat dikatakan
berada di hujung jari, tetapi masih ada penduduk yang di 'terlepas pandang'
oleh pihak pentadbiran kampung, cawangan, mukim, daerah mahupun Bahagian.
Lantas melarat ke negeri dan pusat.
Kemiskinan
hidup memang tidak boleh dihapuskan sebab ianya bersifat perbandingan dengan
keadaan semasa. Sebab itu zakat itu wajib ditunaikan sampai ke hari kiamat. Apa
yang penting adalah hal-hal membabitkan kemelaratan hidup dan yang seumpamanya
itu hendaklah diurus dengan sempurna dan ia tidak bersifat berkala atau
bermusim.
Sepatutnya
tidak berlaku kes-kes seperti itu iaitu sesudah diketuk barulah agensi-agensi
terbabit nampak dan 'bercadang' membuat tidakan. Jika semua pihak terbabit
memiliki data yang adil tidaklah akan berlaku seorang janda kaya mendapat
habuan zakat fitrah manakala seorang janda miskin dan orang tua dhaif dinafikan
haknya, sedangkan mereka berada dalam asnaf yang sama!
Namun
begitu, jika yang tertingal itu sebenarnya memang ditinggalkan atas sebab-sebab
ketidak serasian fahaman politik, pada penulis tindakan sebegitu adalah zalim!
Jawaplah di padang Mahsyar nanti di hadapan RabulJalil.
Tiada
gunanya bercakap tentang kemajuan dan maklumat 'dihujung jari' jika tidak dimanfaatkan
kepenggunaannya. Seperti yang penulis tulis sebelum
ini, pemimpin-pemimpin (organisasi) dan
ketua-ketua jabatan dari semua peringkat bukan sahaja perlu bijaksana, rajin
dan kuat berkerja tetapi hendaklah berpemikiran kreatif dan inovatif.
Jagindas: Jangan nanti
seperti kata rakan penulis JKKK tu maknanya: Jin Kepala Keras Kampung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.