Pastikan Negeri Makmur Rakyat
Bahagia
(untuk info klik di sini)
|
CERITA-CERITA penglipur lara klasik mengenai orang politik
yang berhajat besar menjadi Menteri Besar (MB) Perak sebenarnya sudah lama. sejak
penggal yang dulu pun sudah bertiup sepoi-sepoi bahasa. Nama-nama seperti Datuk
Zahid Hamidi, Datuk Nazri Aziz dan beberapa ahli exco Perak ketika itu turut
dikaitkan. Bergantung kepada pembawa ceritanya iaitu dia menyokong siapa atau
dia orang kuat siapa.
Namun,
apabila BN berjaya merampas semula Perak daripada gengaman rakus PR secara
teknikal, Allah memberi petunjuk bahawa Datuk Seri Dr. Zamry Kader lah yang
direstui menjadi MB negeri itu hinggalah sekarang.
Kemudian,
secara tiba-tiba pula menjelang pilihanraya ke 13 ini (PRU13) kisah-kisah
'angin syurga' seperti itu kembali menghiasi kamar politik negeri Perak. Kali
ini selain Nazri dan Zahid, Datuk Husni Hanazlah turut dikaitkan.
Tak
apalah. Apa salahnya memasang angan-angan mahupun niat. Segala-galanya atas
kehendak Allah Taala jua. Tidak akan terjadi sesuatu itu melainkan dengan
kehendakNya: Demikan Allah berfirman...Kun
Fa Ya Kun..
Bagi
penulis apa yang penting, seorang MB itu bukan sahaja mesti bijak mentadbir
negeri, menjaga kepentingan parti dan rakyatnya tetapi juga dia hendaklah juga
berfikiran kreatif dan inovatif. Pemimpin tidak sahaja pandai mengucap dan
menggalakkan rakyatnya kreatif dan inovatif sedangkan dia sendiri 'beku fikir'.
Demikian
juga orang-orang kiri kanannya terutama panglima-panglimanya seperti
pegawai-pegawainya, ketua-ketua jabatan juga mesti bijak fikir serta berpemikiran
keratif dan inovatif. Misalnya, daripada Ketua Kampung, Pemimpin-pemimpin
politik bawahan (akar umbi), penghulu, pegawai daerah, ketua-ketua jabatan,
exco-exco dan yang sedarjat dengannya mesti bijaksana serta punyai pemikiran
yang kereatif dan bersikap inovatif.
Sebagai
contoh, dengan kebijaksanaan dan pemikiran yang keratif sebungkah rangka kayu
tua yang dijumpai di dasar sungai atau di dasar bumi, bermula dengan
sehodoh-hodoh bentuk dan rupa, akhirnya bernilai ratusan ribu ringgit setelah
digilap oleh kebijaksanaan dan kreativiti insan seni.!
Tanpa
kekuatan semua itu, kemajuan negeri mahupun negara bergerak bagai perjalanan
sang siput atau sang kura-kura. Kita
sering bertanya mengapa Jepun membangun dan maju begitu mendadak selepas dihancur
lebur oleh bom atom di Hiroshima. Begitu juga Korea dan beberapa negara lain.
Itulah
kesan dan impak kekuatan kebijaksanaan serta pemikiran kreativiti dan inovatif
pemimpin dan rakyatnya di samping faktor asas mereka sebagai manusia yang wujud
bersifat rajin, kuat berkerja dan yakin diri.
Namun
begitu, harus diingat ramai yang kuat dan rajin berkerja tetapi taraf hidup
tidak berubah. Kalau ada pun bergerak seinci dua sahaja. Kenapa? Kerana
kekuatan dan kerajinannya itu tidak dibantu oleh pemikiran kreativiti serta
inovatif menyebabkan hasil kerjanya tidak pergi ke mana-mana atau gagal meraih
permintaan khalayak.
Justeru,
siapakah yang sewajarnya menjadi Menteri Besar Negeri Perak bagi penggal
selepas PRU13 nanti? Siapa?
"Saya..,
barangkali! Siapa tahu?". Hehehehe..
Jagindas: Tahun-tahun 60-an
dulu, ubat luka atau kudis yang mustajab dan mudah didapati di kedai-kedai
runcit namanya tablet MB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.