Sabtu, 2 Februari 2013

WAJAH HADI, NIK AZIZ SEMAKIN MENYERAMKAN

Ramai Lari Khuatir AkanTersampuk
??????
BUKAN tidak boleh. Boleh! Kalau dengan syaitan pun Pas boleh berkerja sama, bermakna dengan Umno yang terang-terang adalah manusia tentulah boleh berkerjsa sama. Yang menolak kerjasama itu adalah disebabkan hati perut pemimpinnya yang busuk macam bangkai babi terbiar lima hari.
            Biarpun banyak nas-nas dan hadith-hadith yang menyeru supaya semua umat Islam berbuat baik, berbaik sangka, manabur kebajikan dan mengeratkan silarulrahim, tetapi bagi Pas ia hanya terpakai kepada semua makhlok halus dan manusia di dunia ini kecuali manusia Umno.
             Dengan syaitan, dengan kafir penentang hukum hudud, dengan kafir yang menuntut hak sama rata beragama serta penggunaan kalimah Allah, dengan Israel atau sekutunya atau dengan sesiapa saja, Pas bukan setakat bersedia untuk berkerja sama malah sanggup melutut, menyembah dan 'menggadaikan' sebahagian kepentingan Islam ASALKAN mereka itu bukan ahli atau penyokong Umno.
            Kenyatan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang [di sini], bagi manusia Islam yang bermarwah dan benar-benar ikhlas menjunjung Kitabullah (Quran) dan Al-Hadis, Hadi adalah dilihat sebagai manusia yang sombong dan bongkak lebih daripada perangai Yahudi.
            Seolah-olah (ataukah barangkali memang sudah begitu), pada Pas manusia Umno ini memang sudah jelas mendapat perintah daripada Allah Taala sebagai golongan yang tidak boleh dijadikan 'saudara' lagi. Jadi, tidak hairanlah, Pas mengecap orang Umno sebagi kafir (Kafir yang lebih hina daripada Kafir Cina DAP dan Yahudi) dan bagi Hadi dia tidak langsung rasa bersalah terhadap 'amanatnya' mengkafirkan orang Umno bahkan terus menyebarluaskan amanat tersebut dalam keadaan negara sedang mempersoal dan mengutuknya.  Barangkali dalam kamus tafsiran (moden) Pas, maksud 'Kafir' dan 'Yahudi' dalam Kitabullah dan al-hadis itu adalah melayu Umno. Manakala syaitan dinaikkan darjatnya setangga (atau lebih) lebih tinggi daripada Umno. Astaghfirullah hal'azim, Na'uzubillah minzalik.
            Padahal, Allah dan Rasulnya jelas mengingatkan bahawa sikap angkuh dan riak itu walau sebesar zarah pun amat tidak disukai-Nya dan bagi mereka yang demikian itu di tempatkan di neraka, Wallah hu'allam.
            Umno sudah lama bersedia untuk merapatkan silatulrahim yang mutlak. Namun, terhalang dek pemikiran nafsu pemimpin-pemimpinnya terutama Ustaz Hadi dan Tuan  guru Nik Aziz.
            Penulis percaya, dua manusia ini sahaja yang perlu memperbetulkan minda dan pentadbiran hati mereka. Jika ini terjadi, InsyaAllah, perpaduan melau sejagat akan terjadi meski dalam wadah politik yang berbeza. Dan, atas kekuatan itulah juga (pengikut mempercayai Hadi dan Nik Aziz sebagai 'maksum') makanya, kedua-dua manusia yang didarjatkan sebagai alim ulamak dan tok guru tersohor (bagi Pas) semakin menjadi-jadi mengeluarkan faktwa dan kata-kata sombong yang kebanyakannya adalah bagaikan tin kosong semata!


Jagindas: Kepada Allah tempat mengadu... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.