Gambar Hiasan: Kumpul dan hantar pulang... |
AKIBAT daripada perbalahan kaum dan agama antara peganut
Budha dengan penganut minoriti Islam Rohingya di Mynmar, nampaknya kebencian
tahap melampau puak Budha semakin tidak terkawal sehingga mereka dipercayai
sanggup melakukan pembunuhan terhadap musuhnya (Islam) walaupun masing-masing
berada di rantau orang.
Kajian awal polis berpendapat
beberapa kes siri pembunuhan rakyat Myanmar di negera ini sejak beberapa minggu
lalu dipercayai kesan daripada pergolakan di negara asal mereka.
Justeru, kerajaan Malaysia sewajarnya
bertindak tegas agar tidak menjadikan negara ini sebagai lapang sasar untuk
rakyat asing melepaskan geram dan dendam mereka sehingga ia akan memberikan satu
gambaran buruk terhadap imej negara ini.
Jika sudah dikenalpasti itulah sebab
mursababnya, maka adalah lebih baik kesemua rakyat Myanmar itu dihantar semula
ke negara asalnya. Biarlah mereka berantakan dinegaranya sendiri dan tidak
perlulah menjadikan negara ini pula sebagai medannya keduanya.
Antara lain, tidak wajar negara
menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk mengawal keadaan gawat rakyat
asing itu sedangkan kita mempunyai tenaga anggota keselamatan yang terhad untuk
kerja-kerja keselamatan dan keamanan rakyat di negara ini.
Tiada sebab kerajaan harus menimbang
dari sudut politik 'mengasihani' mereka kerana negara berkenaan sendiri
sehingga ini nampaknya tidak megambil berat terhadap isu itu khususnya terhadap
rakyat mereka yang berada di negara orang.
Kita tidak sepatutnya menimbang
kemanuisaan terhadap kaum seperti itu dengan menjadikan negara kita sendiri
sebagai tempat mereka melepaskan geram, membuat onar dan seterusnya boleh menconteng
imej negara di mata dunia.
Negara perlu ada sedikit kebimbangan
kalau-kalau kejadian seperti itu nanti akan menjadi virus yang secara
perlahan-lahan menyerang rakyat di negara ini yang bukan sahaja berbilang kaum dan
suku etnik tetapi juga pelbagai agama dan budayanya.
Jagindas: Berpada-padalah bila
melakukan bertimbang rasa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.