Tun Mahathir |
Sekali Ke depan Janganlah Mengundur..
APABILA Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) di
perkenalkan, pelbagai pihak memberikan reaksi yang positif dan melihat ia sesuatu
yang lebih realisitik terhadap pembangunan pendidikan rakyat di negara ini iatu
dengan menambahbaik dasar-dasar yang sedia ada.
Tidak kurang juga yang
menghentam dasar itu sebagai berat sebelah dan sebagainya. Siapa lagai kalau
tidak Dong Zhong dan sekutu-sekutunya. Isu kesediaan kerajaan memansuhkan
pengajaran dan pendidikan (PnP) mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa
inggeris dan kembali ke di ajar menerusi medium bahasa Malaysia turut mendapat
reaksi yang berbagai.
Malah, mantan Perdana
Menteri (PM), Tun Mahathir Mohamad (Tun M), adalah antara orang penting yang
tetap tidak bersetuju dengan pemansuhan itu malah beliau dilihat setiap hari semacam
sentiasa kurang sedap hati. Jika ada ruang mencelah, beliau akan menegur kerajaan
khususnya kementerian pelajaran malaysia (KPM) terhadap isu tersebut.
Barangkali ia disebabkan kerana
beliau yang mengasaskannya. Biasalah, banyak perkara yang kalau kepemimpinan
selepas beliau mereka memansuh, menukar, membatal atau tidak melaksanakan
dengan sempurna, Tun M akan bantai. Tapi dia ada caranya tersendiri. Ada
kalanya kasar dan kesat namun seringkali bahasanya halus tetapi menusuk ke
jantung dan kalbu.
Alasan yang selalu Tun M gunakan
adalah kerana bahasa melayu masih belum mampu menjadi perantara untuk subjek
sains dan matematik. Dan, jika rakyat mahu segera maju dalam bidang tersebut
bagi Tun M bahasa inggeris adalah medium yang paling wajar dan tepat. Dengan
kata lain, bagi Tun (dan ramai yang lain juga) bahasa inggeris adalah bahasa
ilmu antara bangsa, maju dan mampu memabawa rakyat negara ini cepat mencapai
status negara maju.
Baiklah, kita terima.
Penulis hendak tanya, jika nak tunggu bahasa melayu itu benar-benar mampu baru
boleh menggunakan bahasa itu sebagai ilmu, bilakah agaknya? Sebagai tamsilannya, seseorang yang
sudah terlatih menerima pendidikan otomotif dengan sijil yang berjela-jela, adakah
dia seorang yang mahir berkerja sebagai pomen kalau kita tidak berikan dia
pengelaman dari setahun ke setahun. Lama kelamaaan, malah mungkin untuk dua
atau tiga bulan, tentulah dia akan menjadi pomen yang mahir dan berjaya. Makna
kata, kita berikan dia pengelaman secara live
di mana ketika itu tentulah dia akan menempuh pelbagai rintangan dan
kesilapan yang akhirnya akan mematangkan dia.
Justeru, kalau kerajaan
khususnya KPM mahu bahasa melayu dihormati dan digunapakai sebagai bahasa
perantara dan bahasa ilmu dalam bidang subjek sains dan matematik (hatta apa
bidang sekalipun), maka sewajarnya ia bermula dari sekarang. Beri ia masa
'berlegar-legar dialam maya' yang serba moden dan canggih ini, Insya-Allah, ia
boleh menjadi bahasa ilmu yang mantap, gah dan berdaulat.
Bahkan, sebenarnya ia
sudahpun bermula sejak 1970an lagi. Ooo..,barangkali Tun merasakan ianya
bergerak 'agak perlahan' atau masih belum menunjukkan bukti kemajuan apatah
lagi setelah Tun menjadi PM, begitu?
Kalau itulah ukurannya, ia
hanya kerana masalah pelaksanaan dan pengimplimentasian. Ia barangkali berkait
rapat dengan dasar pembangunan bahasa itu sendiri yang lebih terkait rapat
dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jadi, saya hendak tanya satu soalan
lagi, mengapa tidak ditambah-baik sahaja corak, teknik dan falsafah operasinya.
Itu menunjuk, memang sejak dulu lagi ada pihak yang memang tidak yakin dengan
kemampuan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Atau juga, agensi-agensi yang
terbabit tidak begitu serius melaksanakannya.
Maaflah Tun M, bukan
menyanggah kerana suka-suka hendak sanggah. Tun pun rakyat biasa macam saya
juga. Justeru saya juga berhak memberikan pendapat hatta mengulas pandangan
orang lain termasuk Tun sendiri. Soalan mudahnya, apakah semua yang Tun buat di
zaman Tun dahulu semuanya betul dan tepat belaka, lalu pemimpin yang berikutnya
mesti meneruskannya? Satu kesilapan besar jika ini yang terpahat di hati nurani
Tun dan para pengikut Tun.
Saya juga pengikut dan
penyokong perjuangan Tun tetapi bukan melulu! Bagi saya Tun manusia yang hebat
tetapi bukan teramat hebat. Tun juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada
melakukan kesilapan atau berbuat sesuatu yang silap atau salah.
Seperkara lagi, dalam satu
kenyataan Tun berkata: "Adakah saya meminta supaya pengajaran Sains dan Matematik di dalam
bahasa Inggeris? (baca perenggan ke-8, di
sini)
Keliru benar penulis sebaris
kenyataannya itu. Mungkin Tun tersilap kata, mungkin repoter tersalah dengar, mungkin repoter tersalah tulis, taip. Kalau semunya tidak mungkin, apakah
sebenarnya? Sekejap mintak, sekejap
nafi.
Jagindas:
Sampai masanya mengaplikasi nasihat orang tua-tua: Diam lebih baik daripada berkata-kata kerana dikhuatiri banyak berkata-kata
akan membuat lebih ramai orang keliru..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.