IHSAN: Utusan Malaysia |
Pakar Ekonomi Mesti Sensitif Hal Ini!
BARU-BARU ini negara diberitahu bahawa pendatang asing tanpa izin (PATI)
yang mencari makan di sini dikatakan telah mengantar pulang wang ke negara
masing-masing dengan jumlah lebih kurang RM50 bilion. Itu adalah perbuaan PATI
yang dapat dikesan oleh kerajaan. Belum lagi termasuk mereka yang tidak dapat
dikesan (membawa balik secara tunai) dan yang masuk mencari makan 'secara
halal' di sini.
Beberapa hari selepas
kenyataan itu pula, rakyat juga diberitahu bahawa untung bersih Petronas bagi
tempoh sembilan bulan pertama tahun ini adalah RM52.8 bilion.
Kalau kita buat perbanding
wang masuk dan wang keluar dan secara teori akaunnya, kewangan Petronas dan
PATI ini semacam akaun 'kontra'. Makna kata, untuk mendapatkan laba dan
imbangan simpanan, negara memerlukan dari sumber-sumber lain yang lebih kukuh
atau sekukuh Petronas.
"Sesuatu yang lebih
tegas dan deras perlu dilakukan jika kerajaan mahu nilai ringgit negara ini
terus utuh dan bertambah kukuh". Itulah
antara kata-kata yang dikeluarkan oleh rakan-rakan sembang yang agaknya lebih
sedikit mengetahui hal ehwal dan selok belok ekonomi.
Bagi penulis, "no komen"
sebab penulis bukan pakar ekonomi tetapi orang kampung yang membaca akhbar
berpanjang muncung memperkatakan hal tersebut.
Menurut rakan-rakan,
negara perlu ada satu daya usaha untuk melonjakkan nilai matawang negara dan pada
masa sama nilai barangan keperluan asas harian serta hal-hal bersangkutannya.
Ini termasuk seperti kos-kos pengusahaan dan kemenjadian produk keperluan asas dikecilkan
tetapi ianya hendaklah tidak melunturkan pendapatan dan taraf hidup pengusaha
dan petani.
Secara teorinya ia memang
logik dan relevan. Apakah yang dimaksudkan dengan negara maju menjelang 2020 di
mana rakyatnya berpendapatan tinggi? Rakyat marhain tersangat ingin tahu hal
ini! Berertikan rakyat memiliki pendapatan tinggi tetapi kos sara hidup juga
(keperluan asas) mendadak tinggi? Bererti sangatkan nilai kemasukan RM10,000
sebulan dan terpaksa berbelanja sebangayk itu juga atau mungkin lebih dari itu?
Ramai..., ramai di luar
sana yang sebenarnya cuma ssekadar sedap menyebut sahaja termasuklah wakil
rakyat-wakil rakyat. Jangan-jangan menteri-menteri pun sama...
Jagindas:
Para ahli ekonomi negara yang
gah-gah gemilang tolonglah fikirkan secara paraktikal..Janganlah asyik dok
sebut fiskal, fiskal, fiskal....gst, gst, gst.....siap iklan propa lagi! hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.