Gunakan Tandas Dengan Berakal
BARU-BARU INI, akhbar tempatan keras sekali gus berkempen supaya pengguna
tandas awam di negara sama-sama berusaha menjaga tahap kebersihannya. Menjaga
kebersihan tandas awam secara umumnya adalah tanggung jawab semua pihak tida
sahaja terletak di atas bahu agen-agen yang diberi amanah menjaga dan
menguruskan penyenggaraan tandas tersebut.
Malah dalam Islam menjaga
kebersihan itu amat dituntut sehingga dikatakan bahawa menjaga kebersihan itu
sebahagian daripada iman. Kebersihan tentang apa-apa juga diutamakan dalam
kehidupan seharian kerana ia berkait rapat dengan penjagaan kesihatan sejagat.
Pun begitu, setelah sekian
lama diuar-uarkan oleh pelbagai pihak namun sikap dan tanggungjawab masyarakat
terhadap kebersihan tandas masih belum menampakkan kesannya.
Masing-masing dengan
alasan tersendiri. Sama ada tandas itu disenggarakan oleh pihak kerajaan dan
digunakan secara percuma hinggalah kepada tandas yang berbayar sekalipun atau
diurus oleh pihak swasta.
Kemudian saksikanlah
tandas-tandas awam kita di surau-surau dan di masjid-masjid. MasyaAllah, terbantut
segala hajat! Bukanlah semua tetapi majoriti tandas-tandas di situ memang
memalu danmenjijikan. Tidak menepati intipati hadis Nabi: Kebersihan itu
sebahagian daripada iman..
Oleh kerana setiap surau
dan masjid (biasanya) mempunyai jawatankuasanya sendiri, maka bolehlah
dikatakan jawatankuasa terbabit tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna.
Lebih tepat, mereka tidak menjalankan amanah yang diberika oleh ahli jemaah
padahal mereka tahu bahawa menjalankan amanah itu amat penting dan di tuntut
oleh Allah. Yang menjadi peliknya, jika jawatan itu ditarik atau diserahkan
kepada orang lain, mereka akan tarik muka 1,000 bahkan ada yang sampai jadi
'pengacau' di luar pun ada! MasyaAllah..hebatkan?
Namun, tidaklah wajar
menyalahkan mereka sahaja. Ada ketikanya mereka juga naik bosan dan geram
terhadap sikap pengguna. Ini kerana terdapat pengguna yang sengaja memasukkan
pelbagai sampah sarap dalam lubang hingga menyebabkan tandas menjadi tersumbat
akhirnya menyebabkan kerosakan, bau dan macam-macam lagi. Puntung rokok pun
bertaburan sana sini. Paling tidak ada akai (akal) selepas menyempurnakan
hajat, menarik flush pun malas. Kalau
sistem flush rosak, apa salahnya disimbah
najis itu secara manual - guna air baldi. Bukankah buruk perangai namanya tu?
Masjid dan surau itu
tempat beribadat. Sepatutnya apa-apa perkakasan di dalam dan di luarnya hendak
dalam keadaan bersih, suci lagi menyucikan. Tok-tok imam, janganlah keras suara
di atas mimbar sahaja. Pantau-pantaulah kebersihan masjid dan surau di kariah
tuan-tuan. Itupun sebenarnya adalah satu daripada cabang tanggung jawab
tuan-tuan juga. Jangan ingat akan terlepas daripada di soal nanti.
Takkanlah dibayar elaun
bulanan hanya sekadar untuk jadi imam dan baca doa selepas sembahyang sahaja!
Takkanlah nak pantau benda-benda macam itu pun nak guna Insya Allah dan
berserah kepada Allah. Tak payah malu dengan masyarakat dan pengguna luar,
malulah dengan Allah. Bukan ayat itu juga yang biasa pak imam-pak imam cakap di
atas mimbar? - Walluhhu'allam.
Satu contoh lagi, lihatlah
tandas-tandas di lebuh raya kita. Memang tip-top. Tapi ada sesetengah tandas di
situ pun malang nasibnya. Ya, memang ada pekerja menyenggara tandas
(kebanyakannya kaum Bangladesh laa, hahaha), tapi berdosa sangatkah pengguna
turut sama-sama menjaganya?
Yang si perempuan
melemparkan sana sini pembungkus kemaluannya tanpa segan silu. Bayangkan
berbungkus-bungkus pembalut mereka bertaburan dalam keadaan yang tidak bercuci!
Macamlah standard sangat darah kotor mereka itu? Lagi malang, mereka sumbatkan
pula ke mangkok tandas. Bahalol punya perempuan. Biasanya orang melayu dan
Islam tidak bua kerja macam itu. Mereka tahu jaga walaupun benda itu memang
kotor. Mereka akan bersihkan dahulu kemudian bungkus semula dan masukkan ke
bakul sampah.
Pendek kata, sikap
pengguna yang tidak bertanggungjawab adalah punca tandas-tandas awam menjadi
'nazak' dan mengerikan. Manakala, penyenggaraan yang tidak teratur dan
bersungguh-sungguh oleh pihak-pihak yang yang diamanahkan pula turut
menyebabkan ia semakin dhaif lagi menjijikkan.
Justeru, kesedaran rakyat
amatla dituntut bagi memastikan tandas-tandas awam sempurna serta selesa untuk
digunakan oleh semua pengguna.
Jagindas: Teruk betullah perangai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.