Malaysia Tidak Semeriah Sekarang ?
AKHBAR tempatan semalam melaporkan penafian kerajaan Bangladesh terhadap
pembabitan kira-kira 40,000 rakyatnya yang berada di negara ini yang didakwa
oleh sesetengah pihak kononnya telah menjadi pengundi hantu dalam pilihan raya
umum ke 13 (PRU13) yang lalu. (baca di sini).
Dipendekkan cerita, bagi
penulis kerajaan Bangla wajar menyaman pihak yang bertanggung jawab terhadap
fitnah itu demi menjaga nama baik serta maruah negaranya. Apa lagi sebagai
sebuah negara miskin dan sedang membangun, Bangladesh tidak seharusnya
membiarkan mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya mengkotak-katikan mahu pun
memanipulasi negara dan rakyatnya itu demi kepentingan pihak lain. Pendapat
penulis itu pernah dipaparkan di blog ini beberapa bulan lalu di sini.
Namun, seorang rakan
penulis pula memberikan pandangan berbeza sedikit. Katanya, isu tersebut harus
dilihat dari dua aspek. Pertama, ianya memang satu fitnah yang biasa dimainkan
pihak tertentu seperti yang didakwa hari ini.
Kedua, katanya mungkin
pihak terbabit sengaja meuar-uarkan cerita tersebut sebagai satu retorik
memberitahu kerajaan bahawa kehadiran kaum bangladesh ke negara ini sudah
peringkat merunsingkan rakyat. Jadi, menurutnya kerajaan hendaklah melihat isu
ini dari kedua-dua sudut tersebut.
Bagi kes pertama, rakan
itu menyokong supaya kerajaan Bangla mengambil tindakan terhadap pemfitnah bagi
membersihkan nama dan maruah negaranya.
Manakala, bagi kes kedua
pula kerajaan perlu mengambil langkah-langkah perlu bagi mengawal kemasukan
semua jenis orang asing dari semua negara yang berdagang mencari makan di
negara ini, bukan meluluskan tambahan bilangan mereka yang layak ke sini.
Pihak berkepentingan
tentunya mengalu-alukan kehadiran mereka itu kerana pedagang terbabit telah
memberikan syarikat dan pengusaha-pengusaha tempatan meraih laba yang besar
berikutan pendatang berkenaan dibayar dengan gaji yang rendah selain dari
tenaga mereka mudah diperah.
Contoh mudahnya, penduduk
tempatan tidak mampu menyara hidup dengan gaji RM900 sebulan apatah lagi untuk
berumah tangga jauh sekali untuk mengumpul harta. Tetapi tidak bagi kaum
pendatang, selain daripada nilai alih matawang yang tinggi mereka juga
berdagang ke sini tanpa mempedulikan keselesaan hidup, kesihatan dan
keselamatan. Sebab itu, dengan gaji sekitar RM700 sebulan mereka boleh menerima
kerja sebagai pengawal atau buruh ladang dan sebagainya.
Menurut rakan penulis
lagi, sikap mengejar keuntungan yang melampui maksimum dengan nilai modal yang
kecil telah menghantui pengusaha-pengusaha tempatan berikutan perkerja asing disifatkan
sebagai 'bersetuju' diperlaku sebagai kunta
kinte demi mengkayakan taukehnya. Sedangkan, rakyat tempatan tidak dapat
dibegitukannya meskipun dari kaum mereka sendiri.
Penulis bersetuju dengan
pandangan rakan itu tetapi dalam aspek lain, penulis bertanyakan dia mengapa orang
Bangla yang baru setahun dua mendagang ke sini boleh menjadi taukeh (taukeh
ikan misalnya) dimana para pembekalnya pula adalah dari kalangan penduduk
tempatan. Bahkan mereka juga mampu memiliki lori, kereta serta kelengkapan
perniagaan yang selesa. Siapa taukeh siapa kuli dan di mana kita dan mereka
berada sekarang? (baca di sini)
Suatu ketika dahulu, orang
semenanjong sibuk kata melayu Singapura pemalas. Orang-orang Malaysia dan
negara lainlah yang membantu memajukan pembangunan dan ekonomi Singapura,
kononnya. Dan sekarang barulah faham, apabila ada orang Bangla dan orang Indon berkata:
orang Malaysia pemalas...
Jagindas: Orang
Bangladesh datang cuma berbekalkan hidung mancung dan lidah saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.