Isnin, 28 April 2014

ISU PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG, AHLI MAJLIS

Rakyat Pertikai Faktor Usia

PERTAMA SEKALI, diucapkan tahniah kepada semua ketua kampong (KK) yang telah dilantik bagi penggal ini (bagi tempoh 3 tahun kehadapan) berkuatkuasa 01 April lalu. Semoga tuan-tuan dapat menjalankan amanah jawatan tersebut dengan penuh jujur, telus, cekap, bersih, aktif dan proaktif. Semuanya itu demi pembangunan, keselamatan dan kebahagian penduduk kampung masing-masing. Semua, tanpa mengira apa fahaman dan kedudukan mereka. Pendek kata, dari atas ke bawah dan sebaliknya hendaklah bagus belaka. Barulah maju, bak kata Menteri Besar (MB) Perak..Aman Jaya!
            Pun begitu, penulis terdengar beberapa ‘cerita lawak’ berkaitan perlantikan ketua kampung bagi penggal kali ini. Antara lain katanya ada KK yang dilantik tidak mematuhi faktor usia dan keupayaan (kesihatan). Difahamkan, dasar yang ada setakat ini usia mereka yang dilantik sebagai KK hendaklah tidak melebihi 65 tahun serta sihat tubuh badan.
            Yang menjadi tanda tanya khalayak ada KK yang dilantik hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk mencapai usia 65 tahun. Dan, berdasarkan ketetapan syarat usia itu, bermakna apabila KK berkenaan cukup usia, maka beliau terpaksa atau secara automatik mengosongkan jawatannya itu. Maka, kerajaan negeri terpaksa pula sekali lagi melantik KK yang baru.
            Yang ganjilnya, menurut sumber, Ketua Bahagian Umno (bagi kerajaan negeri BN) menyedari status usia orang yang dicadangkan itu. Bahkan, Ketua Bahagian juga sudah dinasihatkan oleh jawatankuasanya supaya tidak membuat perlantikan seperti itu kerana ia memperlihat kelemahan pengurusan di peringkat bahagian. Namun, nasihat itu tidak diendahkan.
            Terdengar juga kata-kata sumbang mengatakan selepas cukup usia dan tamat perkhidmatan dalam tiga empat bulan lagi, jawatan tersebut akan diserahkan pula kepada kerabatnya. Dengan kata lain, KK yang cukup usia itu sebagai batu locatan untuk kerabat bagi mengelak jawatan itu dijawat oleh orang lain. Tak pastilah sama adik atau sepupu sepapat mereka (?)   Aduhai...kalaulah benar macam itu jadinya nanti, persisnya jawatan KK sudah macam harta mak bapak depa saja. Kalau begitu tdak hairanlah terdapat cakap-cakap dalam gelap menyebut yang orang umno ini tamak haloba, penuh keroni, bongkak dan angkuh!
            Dan, inilah benda-benda titik bengik yang menyebabkan orang kampung jadi meluat. Bukan takat itu sahaja, rasa meluat itu akan diterjemah ke dalam politik. Akhirnya, semakin menyampahlah orang dengan Umno. Habis tu, nak salahkan siapa?
            MB pun satu. Tak kanlah tidak semak langsung. Tak kanlah main sain saja apa dokumen yang diperakukan oleh ketua bahagian? Atau, ketua bahagian lebih berkuasa daripada MB kah?        
            Ingatlah, menang tempoh hari pun bukannya besar sangat. Bak kata pepatah ibarat menang di hujung tanduk. Any time boleh tersungkur. Dan, isu-isu seperti inilah yang akan jadi pemangkin untuk puak penentang meraih undi nanti... Ah, malas nak cakaplah. Ini bukan perkara baru, sengaja tak mahu sedar-sedar.. Kenapa? Sebab sudah memang ‘perangai’...
            Kononnya juga, ada sesetengah Majlis Daerah/Perbandaran juga ada masalah dalam isu perlantikan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan berikutan terdapat mereka yang berusia lebih 70 tahun masih tidak mahu berundur. Maklumlah tapak rezeki. Ya, Rabbi, tamak betul!
            Betul ke ni atau saja-saja nak buat cerita? Tapi, jika ada kes, semua pihak yang terlibat wajar dikenakan tindakan tanpa sebarang ding dong ding dong! Sebab, benda-benda ini ada berkait rapat dengan perbelanjaan mengurus sesebuah negeri dan silap-silap ada kena mengena juga dengan salah guna kuasa. Ya kan?
           

Jagindas: Buatlah suka hati hampa...nak buat lagu mana..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.