Sabtu, 26 April 2014

WARASKAN MINDA: JANGAN BERTINDAK IKUT EMOSI

Abdullah Sa'amah
Samanlah Secara Profesional, Telus dan Ikhlas Bertugas

MEMBACA kekesalan Tuan Guru Abdullah Sa’amah, ‘ pengasas Pondok Genting Tumpat, di Kelantan, terhadap tindakan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyebarkan video di youtube yang beliau di saman, penulis turut rasa kecewa juga. Pada dasarnya, isu tindakan pegawai JPJ terbabit  tidaklah sebesar mana. Paling tidak hasrat mereka adalah untuk memberi tahu umum bahawa pihak JPJ tidak memilih bulu jika mengambil tindakan kepada pesalah pengguna kenderaan bermotor termasuklah terhadap seorang tok guru yang disegani. Jadi marilah kita ucapakan syabas kerana anda (JPJ) tegas atau sekurang-kurangnya baru mahu mula belajar tegas. Beritanya baca (di sini). Video-nya pula di sini. 
             Namun, mengapa video berkenaan diberikan tajuk atau di tag sebagai “Tok Guru Abdullah Samah Pondok Genting Tumpat Kena Saman JPJ dan Ulama Umno Ilmu RM2 Juta Kena Saman” – Ada tertera ‘Umno’ dan nilai di situ..(?)
Jika video itu sekadar memaparkan Tuan Guru kena saman kerana luput cukai jalan, itu saya fikir masih ada nilai lagi kejujurannya. Tetapi apabila disnagkutkan dengan parti serta nilai ulama itu sendiri (RM2 juta), saya ingin bertanya apakah pegawai terbabit benar-benar ikhlas terhadap hasratnya menyebarkan video itu?
Abdullah adalah manusia biasa. Manusia yang tidak lepas daripada melakukan (terlakukan) khilaf, lupa dan dosa. Apa kena mengenanya dengan Umno dan RM2juta? Jika tidak disebabkan isu ini, saya percaya barangkali Abdullah tidak akan menyebut perihal imej dan maruah.
Sebagai orang yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama (Islam), Abdullah tentunya tahu qada’ dan qadar. Beliau tentunya redho atas ketentuan Tuhan atas apa yang berlaku kepadanya pada hari tersebut.
Besar sangatkah kesalahan ‘cukai jalan mati’ sehingga tersanggup melondehkan maruah dan imejnya sebagai tuan guru? Saya begitu kesihan kepada pegawai JPJ terbabit kerana seolah-olah itulah satu kesalahan besar yang pernah dihadapinya.
Jadi, isunya adalah maruah diri sebagai seorang manusia dan seorang Tuan Guru. Kepada pegawai JPJ terbabit, wajar rasanya kita bertanya: apakah anda tidak pernah melakukan sebarang kesalahan? Kekhilafan, alpa dan cuai? Langsung tidak pernahkah? Kalau benarlah begitu, anda memang hebat. Lebih hebat daripada Shahibul Samahah Tuan Guru Abdullah Sa’amah. 
            Sesiapa pun, sebagai penguatkuasa tuan-tuan dinasihatkan agar menjalankan tugas ikut keprofesionalan, telus dan ikhlas. Jangan dikehadapan emosi dan sentimen kefahaman sehingga anda bertindak tidak karuan!
Saman tetap saman. Itu betul. Bahkan kalau hendak di sita pun, sitalah. Itu undang-undang. Tetapi..janganlah berlebih-lebihan pula... Allah pun tak suka...


Jagindas:  Nasihat saya, anda eloklah segera padamkan video itu dan minta maaf kepadanya...sebelum terlambat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.