Sabtu, 3 Mei 2014

ARTIKEL KE 1,000

GAMBAR HIASAN

Terima Kasih Sudi Membaca

ARTIKEL ini adalah yang  ke 1,000 yang saya tulis dalam blog ini. Sedar tak sedar, pada posting ke 1,000 ini usia blog ini sudah menghampiri dua tahun sejak ia bermula pada 16 Jun 2012.
            Terima kasih kepada anda yang masih sudi membaca tulisan-tulisan saya di blog ini.
            Bagi menyempurnakan artikel ke 1,000 ini saya lontarkan di sini beberapa intipati hasil perbualan saya dengan beberapa rakyat marhaen petang tadi di satu sudut di kedai kopi – meja yang meriah dan rancak sebab ada beberapa cina dan melayu;
1.      Negara Thai bergolak, situasi politiknya ‘agak huru hara’  tetapi nilai mata wangnya semakin kukuh berbanding wang Malaysia, macam mana ni?. (agaknya beliau sering ke sana...)
2.     Dalam keadaan nilai barang yang mahal dan diramal akan naik lagi, bolehkan rakyat yang bergaji RM900 hidup selesa di negara ini berbanding kalau di Singapura yang gaji minumnya SD2,000. (katanya kerabat dia ramai yang berkerja di sana)
3.     GST belum lagi berkuatkuasa tetapi barangan tertentu dilihat terus naik harga. Apakah dengan terlaksana GST harga barangan akan turun atau sebaliknya?
4.     Mungkin sekadar spekulasi, tetapi apa akan jadi jika benar tiada lagi petrol RON95 atau hanya RON97 saja yang ada dipasaran?
5.     Racun mahal, baja mahal, upah pekerja mahal sedang harga komoditi/hasil tani banyak yang turun dari yang naik. Bolehkan berubah nasib petani marhaen?
6.     Cukai hasil tanah, cukai perimis, cukai pintu, dan macam-macam cukai lagi dikenakan (katanya termasuklah parking kereta) tetapi prasarana, kemudahan awam dan kebajikan pengguna / pembayar cukai tidak dijaga. Ke mana perginya wang rakyat? (tinggi pulak suaranya)
7.     Peneroka haram bermaharaja lela dan terus bikin wang kaya raya, yang mohon tanah secara ‘halal’ tidak dilayan, yang ada tanah terus dapat tanah, yang bangsat semakin bangsat. Adilkah itu?
8.     Ada pihak (bukan Islam) sesuka hati sahaja meletakkan tempat ibadatnya di tanah-tanah kerajaan. Di tepi jalan pulak tu. Mula-mula semeter persegi sahaja, tak sampai setahun tahu-tahu dah besar. Laluan pun jadi sesak. Pegawai daerah, penghulu, ketua kampung buat apa? Kalau nak minta tanah kubur Islam, tapak surau bukan main ketat prosedurnya! (betul ke ni....)
9.     Kata nak benteras jenayah: Soalnya mengapa judi haram, nombor haram, judi mesin haram, cermin kereta gelap, pusat-pusat hiburan yang berlindung atas topeng rekreasi / rekreasi keluarga, pendatang haram lalu lang depan mata, lori bawa lebih muatan.....macam tak ada apa-apa undang-undang pun! Militan, militan juga. Itu memang berbahaya dan wajib dibanteras. Susah susah, kenakan sahaja hukuman mati mandatori! Nampak zalim, bunyinya zalim tapi percayalah ia berkesan.

Banyak lagi, tapi penulis rasa cukuplah sekadar itu. Lengoh nak tulis...


JagindasAngguk sajalahhh. Sebab, saja nak dengar luahan hati msayarakat bawahan...Hebat juga kerana rata-rata mereka tu baca surat khabar pun tak habis...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.