Masihkah ada bisanya? |
Isunya Cuma Kerana Sudah Benci
PILIHAN RAYA
KECIL (PRK) Parlimen Teluk Intan menyaksikan satu lawan satu iaitu antara calon
Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong (Gerakan) dengan calon DAP, Dyana
Sofya Mohd Daud (cik). Mereka akan bertanding di sebuah kawasan parlimen yang
maoriti pengundinya adalah dari kaum cina.
Kalangan BN tentulah berharap serta
optimis yang calonnya akan menang demikian juga sebalinya bagi calon DAP.
Beberapa sampel yang diambil
daripada beberapa kaum cina berpendapat Teluk Intan masih milik DAP. Mereka
memberikan alasan yang ‘kurang kukuh’ terhadap keoptimisan mereka itu. Manakala
kalangan pengundi melayu pula sehingga semalam masih berbelah bagi kecualilah
mereka yang benar-benar ‘hardcore’
umno.
Dari banyak perbualan itu, saya
mendapati pengundi yang benci kepada BN sebenarnya tidak mempunyai sebab yang
kukuh mengapa harus mereka tidak menyokong BN.
Konon katanya, rata-rata orang cina
bukan tidak percaya dengan kemampuan BN tetapi mereka nampaknya sekadar mahu
tunjukan keras hati mereka yang kaum cina tidak lagi mahu sistem pemerintahan
yang berteraskan orang melayu. Dan, jalan pendek yang mereka nampak adalah
dengan menidakan BN kerana parti itu (BN) berteraskan Umno.
Optimis kaum cina di situ
(barangkali juga di kawasan lain) turut di sokong oleh ramai pengundi melayu
yang muak dengan BN (umno). Kaum melayu yang berpecah kepada Pas, Pakatan
Rakyat (PR) dan Bebas telah disumbat dipemikiran mereka bahawa BN adalah
pengamal rasuah, kroni, zalim dan penuh perkauman.
Mereka menjangkakan tidak lebih 15 peratus pengundi cina
akan memihak kepada BN dan dengan keadaan pengundi melayu dan india yang
beragam-ragam pendirian, resa dan tanggapan sudah tentu kemenangan bagi PRK
kali ini masih memihak kepada DAP. Namun angka ini tidaklah boleh dipercayai
kerana yang memberikan pendapatkan pun bukanlah pakar, namun begitu ianya
bukanlah boleh diambil ringan.
Bermakna, untuk kali ini, mana-mana PRK pun nampaknya isu
dalaman dan nasional bukanlah perkara pokok yang patut dibincang dan dimbil
tahu oleh khalayak khsususnya para pengundi tetapi semangat untuk menolak BN itulah
yang perlu. Dan, ia dijuruskan kepada pengundi muda yang rata-ratanya begitu rapuh
dari segi kejatian diri, prinsip, kepercayaan serta kepengetahuannya terhadap kenegaraannya
sendiri.
Jika inilah pendirian yang ada terhadap majoriti pengundi
muda hari ini, amatlah ditakuti ianya akan berjangkit dan terus menjalar kepada
pilihan raya umum yang akan datang. Kita percaya BN memang sudah sedia maklum
terhadap angkara ini. Maklum sahaja tidak memadai. Justeru, jika BN mahu
mengambil kembali sejumlah besar undi rakyat memihak BN, maka pemerintah hari
ini wajar berbuat sesuatu yang boleh membasuh pemikiran pengundi muda hari yang
sudah diresapi pelbagai racun.
Memang benar malah sudah terang lagi bersuluh bahawa
kerajaan hari ini telah sedaya upaya memperbetulkan keadaan. Mengakui kesilapan
lalu dan menerusi pelbagai program pemerihtah telah dan sedang berusaha
‘menebus dosa-dosa lalu’. Ironinya, segalanya itu bagi sebahagian besar pengundi
bagaikan “tiada maaf bagi mu”.
Bukan sahaja di Teluk Intan bahkan
juga di Parlimen Gelugor, Pulau Pinang bahawa inspirasi yang sama mengiringi
tari lenggok pengundi di sana. Padahal, beberapa kesilapan, kekasaran malah
kalau nak dikatakan sifat perkauman yang dimainkan kerajaan Pulau Pinang
sekarang bagi orang melayu memang amat kurang ajar, zalim dan penuh nilai-nilai kronis. Itulah juga
yang mereka gembar gemburkan mengasak BN dan itulah juga yang sedang mereka
buat dan mainkan. Bak kata peribahasa mereka ibarat meludah ke langit atau paku
dulang paku serpih..
Namun, sekali-kali ia masih belum
mampu melihat kesilapan diri sebaliknya mendabik dada BN lebih teruk dari itu seterusnya
menyifatkan apa yang dipamerkan media-media adalah fitnah jahat kerajaan BN.
Saya juga tercari-cari bagaimana PR
mempunyai kekuatan untuk menarik minat khlayak bagi menyokong perjuangannya padahal rakyat setempat
dapat merasai ketempangan pengurusan dan corak pemerintahan mereka. Sehingga,
ada halnya lebih menakutkan berbanding BN namun semuanya itu dinafikan oleh
mereka.
Disitulah saya lihat parti lawan mempunyai
kekuatan menanamkan rasa benci dan meluat sehingga bagaikan tidak boleh
dipujuk-pujuk lagi. Barangkali kalau tujuh bomoh di tujuh benua pun tidak mampu
untuk menterbalikan tabiat kebencian mereka itu.
Dalam kes di Teluk Intan ini, tidak timbul soal orang
berpengelaman berlawan dengan budak behingus atau tidak. Siapapun kalau dipilih
PR untuk bertanding menentang BN di situ, nampaknya calon itu berupaya besar
untuk menang. Kedaan mereka itu samalah seperti tahun-tahun 60an -70an dahulu
dimana kalau dari BN atau Umno, siapa sahaja yang diletakkan di sesuatu kawasan
itu, peluang calon BN itu untuk menang adalah 99%. Bak kata, kalau tunggul
sekalipun menjadi wakilnya, tunggul itu juga pasti menang.
Media cetak dan eletronik sudah berusaha sedaya upaya
untuk mengabarkan kepada pengundi dan rakyat bahawa memilih calon bukan BN itu
satu kesilapan besar. Namun, mampukah media-media arus perdana ini memadamkan
rasa benci pengundi terhadap BN?
Biarpun Dyana yang masih berhingus tergagap-gagap
menjelaskan sesuatu isu malah ada kalanya dia semacam terbungkam kalau tidak
dibantu oleh Lim Guan Eng dan rakan damainya, namun pengundi di situ dilihat mengibaratkan
ia sebagai sebuah opera yang tidak lebih daripada media hiburan yakni tidak
perlu diambil serius.
BN hendaklah mengambil iktibar daripada pengajaran ini
dan fokus hendaklah diberikan khusus kepada PRU14 nanti. Bak kata Tun Mahathir,
orang Umno asyik berpolitik ke hulu ke hilir sedang anak bini dan saudara
maranya tidak di asak dan diasuh mencintai Umno dan BN.
Paling teruk dan menakutkan, ramai orang umno siang malam
mengimpikan harta dan kuasa sehingga terlupa bahawa dia bukan sahaja akan
hilang kesemuanya bahkan bangsa dan agamanya juga mungkin porak peranda jika
tidak lagi memiliki kuasa memerintah.
Seperti di Kajang tempohari, peristiwa di Teluk Intan ini juga laksana menguji kepercayaan dan keyakinan rakyat. Dan, dengan mengharapkan kematangan pengundi, berdasarkan apa yang terhidang di depan mata, sewajarnya BN memenangi kerusi parlimen Teluk Intan kali ini dan seterusnya..
Justeru, kuasa itu satu amanah berat. Laksanakannya dengan
penuh tanggung jawab jika tidak ia akan memakan diri bahkan mengundang bala.
Jagindas: Menyusuri kifarah mengajar aku mengenang dosa-dosa lalu..Semoga Allah
mengampunkan serta melindungi sekelian anak cucu dan keturunanku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.