Khamis, 22 Mei 2014

PENGKHIANAT BERPRESTEJ

Mengejar Kemewahan Episod Pasca Merdeka

“Sekarang sudah sampai ke tahap serius!” itu adalah antara kata-kata yang terpacul daripada mulut salah seorang (beberapa?)  daripada pegawai tinggi pihak berkuasa negara dalam sehari dua ini.


Agaknya sebelum ini mereka juga sering sahaja menyebut:  “keadaan masih terkawal; kita sentiasa pantau...”. Seolah-olah pada keadaan sekarang ini ianya sudah tidak terkawal-kawal lagi, sudah mengancam dan membahayakan, DAN SEOLAH-OLAH IANYA...,

1.      memang sudah diketahui sebelum ini tetapi belum serius, dan solah-olah..
2.      selagi belum serius tidaklah perlu diambil tindakan, dan seolah-olah..
3.      sengaja beri ruang dan peluang sehingga ia jadi benar-benar serius sehingga memberi kesempatan si-pelaku (atau kedua-dua pihak yang bertentangan) memperoleh laba secukupnya sebelum mereka di hukum – itu pun belum tentu lekat kes kerana silap-silap sampai di mahkamah ada sahaja teknikal yang boleh menafikan pertuduhan, dan seolah-olah..
4.      baru itu sedar betapa ruginya negara dan rakyat jelata, dan seolah-olah..
5.      baru faham rupa-rupanya mereka itu pengkhianat negara, dan seolah-olah..
6.      jenayah-jenayah yang lain pun akan ditunggu sehingga ianya sudah ke tahap serius barulah semua jentera dan aset akan digerakkan? Dan,
Rakyat mahu lihat semua ‘pegar’ yang diharapkan menunggu jemuran tetapi telah melahap sebahagian padi itu ‘dimusnahkan’.

Kerana, sekarang bukan lagi seolah-olah, bukan lagi lakonan dan cubaan! Ini memang betul-betul berlaku! Justeru, sesiapa yang ada maklumat sila salurkan ke pihak yang berkenaan dengan segera sementelah tengah panas berapi sekarang. Sudi-sudikanlah membantu demi negara yang tercinta.

Ya, sekarang memang sudah serius. Amat serius!

Dan, babak seterusnya ......(sama-samalah kita nantikan)


Jagindas: Sering cari cacing di tepi tebing sungai Perak buat umpan pancing ikan lampam nak buat lauk bagi anak bini makan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.