SELEPAS menonton game
bola euro, perlawanan antara Italy dengan German dua malam lalu yang berakhir
dengan kekalahan german kepada italy (2-0), saya dan rakan-rakan berpindah ke
sebuah warong yang agak tenang sedikit berbanding di kedai mamak sebelumnya.
Saya tak stim apapun sebab tak minat
bola. Saja ikut-ikut ambik hati kawan-kawan. Entah kenapa, kawan saya ini suka
benar makan di kedai Siam.
Warong
tersebut yang biasa juga kami jadikan parlimen kelihatan kurang seri pagi itu.
Dalam saya cuba mencari jawapannya, seorang kawan memberitahu senja sebelum itu
ada operasi memberkas pelancong Siam yang menjalankan aktiviti perniagaan
makanan di kawasan situ dan sekitarnya.
Memang
wajarpun. Senang-senang guna permit lawatan sosial tetapi mengaut keuntungan
untuk di bawa ke siam. Memang seronok tinggal di Malaysia apa lagi dapat
membuat duit. Malaysia aman damai. Boleh bergerak kemana sahaja 24 jam tanpa
halangan. Di Siam, khabarnya di tempat-tempat tertentu seperti di Selatan Thai,
pukul enam petang dah terpaksa duduk di rumah.
Bahkan,
kalau di siang hari, hendak kerja cari makanpun sentiasa dalam keadaan
mara-bahaya. Tapi ada juga tu puak yang dok merapu-rapu kat luar sana kata
Malaysia merbahaya untuk orang asing! Yang berbunuh tu orang jahat. Orang
Malaysia tak makan oranglah!
Ramai
yang mendakwa, kehadiran ana-anak Siam tersebut memberi kesan negatif kepada
peniaga-peniaga makanan tempatan terutama yang menjalankan aktiviti itu pada
waktu petang menjelang pagi.
Kehadiran
anak-anak Siam ni bukan sahaja di bandar-bandar utama tetapi juga telah
mengembangkan sayapnya sehingga menjelajah ke kampung-kampung dan pekan-pekan
baru. Peliknya, seperti juga kedai mamak, di mana ada gerai, warong atau
restoran anak Siam, maka di situlah ramai orang bertumpu.
Selera
orang tempatan masih belum jemu-jemu dengan tomyam, sup ekor, ikan masak tiga
rasa, telor bungkus dan pelbagai jenis masakan lagi, yang kalau nak dikatakan
murah tidak juga. Sedap sangat? Tak juga..
Rakan
saya yang memberikan sokongan moral kepada pihak berkuasa yang bertindak senja itu mendakwa sikap penduduk tempatan yang
disifatkan bagaikan ketagihan masakan Siam itu membuatkan sesetengah 'pendatang' berkenaan menjadi macam kaduk naik junjung.
"Mereka tu lupa diri, sudahlah
menyalahgunakan pass lawatan kemudian sombong pulak. Sesetengah mereka pula
begitu gahirah menyokong parti pembangkang sedangkan di tempat sendiripun
hidup tegang. Jadi, eloklah dibungkus
sahaja semuanya dan halau balik ke Siam", katanya yang agak marah.
Tentu dia ada sejarahnya sendiri sehingga berkata demikian.
Bagi
saya, bukan siam sahaja, semua pendatang lain yang menyalahgunkan pass lawatan
perlu dibungkus dan dihalau dengan segera ke negara masing-masing dan disenarai
hitamkan mereka dari memasuki negara ini untuk tempoh tertentu, paling tidak
lima tahun. Ha, baru dia ada akai! Gaje
bebeno.
Jagindas: setelah
sekian lama siam berniaga di sini, takkahlah peniaga tempatan tak
belajar-belajar lagi macam mana nak menarik minat penduduk tempatan syok kat
kedai kita...
p/s: Gaje
bebeno -bahasa Perak bermaksud lebih kurang: kelakuan perangai berlebih-lebih /
melampaui batas
sapu habih yop!
BalasPadam