Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perhidmatan Awam
(Cuepacs), menghimpit lagi setelah beberapa perjuangannya terhadap kebajikan
perkhidmatan awam mendapat perhatian dan tindakan yang mengembirakan golongan
berkenaan.
Kali
ini cuepac mahu kakitangan awam diberikan cuti tanpa rekod kepada mereka yang
mahu menunaikan umrah bagi mengelakan mereka menghabiskan cuti rehat sedia ada yang
didakwa telah dipendekan jumlahnya.
Kemudahan
itu juga, menurut presidennya, Datuk
Omar Osman, dapat membantu kakitangan terbabit tidak mengambil cuti tanpa
gaji ketika menunaikan ibadah sunat tersebut.
Saya
percaya tentu jemaah cuepacs telah mengambilkira dari pelbagai aspek sebelum
menjadikannya sebagai usul untuk disampaikan kepada kerajaan. Namun, secara
peribadi, saya fikir permintaan cuti tersebut tidak begitu sesuai kerana ia
hanya membabitkan ibadah sunat.
Jika
cuepacs mahu menjadikannya sebagai kemudahan kakitangan awam islam menunaikan
ibadah membabitkan lokasi di luar negara (lawatan sambil belajar bagi yang
lain-lain), ada baiknya cuti menunaikan fardhu haji yang ketika ini diberikan
khas sebanyak 40 hari dinaikkan kepada 50 atau 60 hari.
Ini
kerana ada ketikanya selepas balik menunaikan fardhu haji mereka tidak sihat
dan memerlukan masa bertenang yang agak selesa sebelum kembali bertugas. Begitu
juga sebaliknya, mungkin mereka memerlukan beberapa hari untuk bercuti (cuti
awal) sebelum bertolak ke Mekah.
Saya
mencadangkan ini kepada cuepacs kerana ibadah haji itu wajib serta termaktub
dalam rukun islam manakala umrah hanyalah sunat. walau apapun darjat sunat itu,
ia tetap tidak akan setanding yang wajib. Dan, wajib haji bagi seseorang Islam
itu hanya sekali seumur hidup jika cukup syarat-maratnya.
Jagindas: mintak
kerajaan pertimbangkan cuti tanpa gaji lepas kahwin sebanyak 7 hari. Kahwin pun
ibadat juga...
Bonus buat upah orang pompuan beranak untuk membahagiakan suami dan meramaikan rakyat Malaysia ni tak de ke ?
BalasPadam