Jumaat, 22 Jun 2012

KISAH NIZAR DAN NAMEWEE - durhaka!


Kisah Nizar (bekas MB Perak) durhaka kepada Sultan Johor nampaknya masih belum reda. Rakyat Johor dan pelbagai pertubuhan serta NGO masih menuntut Nizar supaya melutut dengan penuh ikhlas. Ampun tuanku, patik memang getik Nizar ni!

Memohon ampun dan maaf memang senang. Namun mencari keikhlasan tidak semudah itu. Ini kerja hati. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu kerja-kerja tersembunyi. Jadi, terpulang kepada Nizar!

Hah, mengampun pun sama! Sebab, dalam budaya dan agama kita (Islam) memang diajar supaya menjadi seorang yang pengampun dan belas kasihan. "Sedangkan Nabi, ampunkan umatnya, inikan kita manusia biasa!"

Begitupun, bagi pihak di sebelah sana pula, kalau ada ruang boleh menghukum mamat yang disifatkan kurang ajar ni, eloklah dihukum. Hukuman adalah sebahagian daripada proses pengajaran, itupun kalau jenis yang mahu sedar diri. Kalau jenis yang mantah barut, dihukum mati sekalipun tak kan mahu dia mengalah. Agaknya, hilang nyawa barulah hilang cerita.

Tapi takkan lah sampai ke hukum gantung atau pancung kut. Lain lah zaman kesultanan dulu-dulu, orang macam Nizar ni tentu dah lama kena pancung!

Kita biarkan Nizar dengan alam fantasi dan egois tak kena tempatnya. Banyak pihak dah buat macam-macam  malah pihak berkuasa Johor juga telah memulakan tindakan.

Nizar ni melayu, beragama Islam. Ada cerita-cerita mengatakan dia ada sedikit campuran darah cina. Tapi kalau dilihat pada wajah beliau, ada betulnya. Tak payahlah nak semak dengan DNA, tanya waris terdekat beliau akan dapatlah jawapannya.

Tajuk Nizar durhaka inilah yang menjadi topik sembang petang kami hari ini. Kali ini lebih awal, kami bertemu selepas solat Jumaat di warung kopi mamak sebab dah lama tak makan mi goreng mamak.

Macam-macam cerita, pendapat, pandangan tidak kurang juga kutukan dihamburkan. Maklum, negara kita ada raja berpelembagaan. Dalam perlembagaan persekutuan dan dalam etika rukun negara jelas menyatakan kedudukan mereka sebagai ketua negara yang mesti di hormati dan dikasihi.

Namun, dalam sembang punya sembang itu, memori kami kembali mengingatkan kisah seorang budak cina dikenali sebagai Namewee yang banyak membuat pelbagai kontroversi sebelum ini. Kesucian perlembagaan negara dan rukun negara habis di pijak-pijaknya.

Heboh satu Malaya! Rakan-rakan blogg berapi-api mengutuk mamat sepet yang dicop sebagai "haramjadah" dan bermacam-macam gelaran yang enak-enak lagi diberikan oleh orang ramai! Dato' Seri Hishamuddin teruk kena bantai oleh blogger-blogger berikutan isu berkenaan.

Rakan saya kata, dalam kes ini, Nizar memfitnah seorang sultan, iaitu Sultan Johor. Tindakan sedang dijalankan. Tetapi, budak cina tu bukan lagi memfitnah bahkan menghina satu negara, habis seisi-isinya di kutuk dan dipermainkan menerusi video haramjadahnya.

"Apa khabarnya budak itu sekarang ye?" masing-masing kami melontarkan soalan yang sama.


Jagindas:  ......agaknya dia bertambah sihat, gemok, debab, bulat macammmm b*b*..... dan  karyanya tentu semakin hebat!

2 ulasan:

  1. Aik ! Tuan Jagindas tak tahu ke yang budak Cina b*b* tu dah jadi Producer & Pengarah Filem ? Tak tengok Filem Nasi Lemak 2.0 ? Kos filem tak sampai RM1 juta, kutipan seminggu tayangan RM 7 juta. Jadi derhaka dapat pengampunan dan peluang jadi jutawan. Apa mau lagi ? Malaysia pemurah, pengampun dan penyayang ! Nak tengok filem dia.... http://www.nasilemak2.com/

    BalasPadam
  2. Itu budak b*b* besar kepala ! Tapi aku Kapla Besar !

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.