TIGA KISAH yang saya paparkan menerusi tajuk: DAH PENCEN SOKONG PEMBANGKANG PULAK DAH..,
AKULAH CALON PKR PRU13 NI, DAN APA DAH
JADI NI! menyentak benak saya untuk
menyelami nasib Barisan Nasional dalam PRU13 nanti bukan sahaja untuk di negeri
Perak malah di negeri-negeri lain juga.
Keyakinan
Datuk Seri Najib adalah juga keyakinan saya. Begitupun, ibarat memandu kereta, sepandai
manapun kita memandu atau sepatuh mana kita mematuhi peraturan jalan raya,
namun kita perlu sentiasa berhati-hati di jalan raya.
Adakalanya,
kita di landasan betul, namun datang sebuah kereta yang pemandunya mabuk maka
tak pasal-pasal kita dirembatnya. Demikian, pemanduan kita yang begitu cermat
dan berhemah, malang tak berbau tiba-tiba melintas sebuah kenderaan merentasi
jalan. Dalam kedua-dua kes itu, kemalangan pasti berlaku. Siapa-siapa yang
hidup, mati, cedera, selamat atau tidak, belum tahu!
Jelas, skop pemikiran khalayak
terhadap kuasa politik tidak lagi tertuding ke parti-parti politik semata,
malah pada era ini dan seterusnya, keberkesanan operasi agensi kerajaan dan
swasta juga turut menjadi elemen penting dalam minda pengundi ketika
mempertimbangkan keputusan yang amat penting dalam satu-satu pilihanraya umum.
Sekaligus,
ada pihak yang akan menjadikan pilihanraya satu eksperimen tanpa makmal atau apalagi
yang menjadikannya sebagai bahan jenaka yang akan meletakkan pilihanraya
sebagai pentas yang paling malang dalam sejarah sesebuah negara demokrasi.
Bermula
dengan corak penyampaian kempen yang kasar, kurang berbudaya, menggunakan hujah
agama melindungi kepentingan politik hinggalah ke pesta menaburkan kibaran
bendera lalu terbawa-bawa ke peti undi bersama pilihan hati yang telah terpahat
mengetepikan kejatian pemikiran yang berpaksi.
Memang,
apapun selepas lima tahun jika yang dicuba gagal merealisasikan semangat dan
janji-janjinya, sekali lagi rakyat diberi kuasa untuk merobah semula pentadbiran
negara menerusi pilihanraya seterusnya atau lebih singkat dari itu melalui
saluran teknikal yang lain.
Ibarat
orang berjudi, kalau semua wang simpanan, harta dan segalanya telah tergadai,
mampukah si kalah judi bertarung lagi usahkan untuk mengaut untung kalau sempat
mengembalikan harta yang hilangpun sudah memadai. Akhirnya, ada orang lain yang
akan mengambil kesempatan seperti yang berlaku di negara-negara luar sekarang.
Negara tidak stabil dan rakyat terus menderita sedang orang luar terus memasung
tali aguk ke tengkok kita.
Apa
pun semua pihak mesti berpada-pada, sederhana tetapi tegas mengikut landasan
dan lunas yang sebenar. Apa lagi bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan
demokrasinya dirikan oleh multi-parti.
Akibat
kegagalan mengawal diri, hati dan pemikiran pemimpin mahupun pengikutnya, barangkali
melahirkan kebimbangan bekas perdana menteri, Tun Mahathir (Tun), yang bimbang tahap
sosialiti di negara ini semakin menampakkan kepuakan dan rasis. Kebimbangannya
itu pada saya sudah tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia berlaku jelas di
depan mata dan dicuping telinga masyarakat Malaysia. Tun sendiri nampaknya
ngeri terhadap keadaan ini.
Wajarannya,
siapapun yang berhasrat untuk memerintah negara bukan sekadar mempertahankan
ideologi, prinsip dan dasar perjuangannya tetapi juga mesti mendidik
pengikutnya supaya menghormati kedaulatan dan keharmonian negara.
Ini
kerana, didikan tindakansemborono dan keterlaluan daripada pemimpin sebenarnya
akan juga menempelak diri sendiri nanti apabila sampai masa ditakdirkan memerintah
berikutan tidak ada seorang manusia pun yang akan terlepas daripada melakukan
atau terlaku salah dan silap.
Adalah
menjadi tugas pemimpin bawahan supaya menjelaskan secara jujur dan terang
kepada rakyat terhadap serangan-serangan menerusi isu-isu besar atau kecil yang
dimainkan oleh pihak lawan.
Mereka
inilah seharusnya memahami signal yang
dicakapkan oleh pemimpin atasan. Jadi, oarang di peringkat bawah kena ada ilmu
untuk mendepaninya. Bertindaklah segera tanpa perlu diarah atau
dimajlis-majliskan tetapi jangan terburu-buru.
[bersambung ke bahagian 2]
Jagindas: orang
tua-tua kata: kalau banyak sangat cakap nanti nanti akan banyaklah salah, bila banyak salah banyaklah
dosa! KALAU DAH BANYAK DOSA? .... (kurangkan dosa, kurangkan salah, kurangkan
cakap. jom buat kerja!)
apah tak ha yop. kalau tengokkan bironya mak weh, macam-macam. apa dibuatnya? ngabihkan beras jer ler
BalasPadam