Sabtu, 21 Julai 2012

CATATAN PERISTIWA V

CHING PENG DAN RASHID MAIDIN

sambungan dari cerita 4
CERITA 5:  Komunis Letak Senjata

MENGIKUT takrifan Ching Peng, meletak senjata bukan bererti surrender bukan juga berdamai tetapi hanya memberhentikan serangan dalam tempoh tertentu manakala ideologi, semangat perjuangan dan iltizam tetap tidak akan pudar.
            Sebab itu, peristiwa tahun 1993 bukanlah bererti berakhirnya gerakan parti komunis Malaya, ia hanyalah sekadar berhenti seketika. Barangkali, sementara dalam masa bertenang itu, mereka akan memikirkan cara atau kaedah lain mengembangkan ideologi mereka itu supaya bersesuaian dengan peredaran semasa.
            Peristiwa itulah juga amat menyayat hati rakan saya yang saya ceritakan sebelum ini, Cikgu Che Alias Che Mat. Katanya, hasil keputusan awal pemuafakatan awal mereka, pada dasarnya pihak komunis Malaya bersetuju menyerahkan kawasan (keseluruhan kem) berserta alatan perang akan dibuat terlebih dahulu sebelum perletakan senjata dilakukan.
            Bermakna, Che Alias memang tahu yang Ching Peng akan meletakkan senjata. Maklumat yang ada dalam fail Che Alias sama dengan maklumat yang ada pada polis dan pihak komunis.
            Che Alias dan kumpulannya memang sudah tahu lebih awal gerakan kerajaan Malaysia ketika itu yang mahu menamatkan pengaruh Ching Peng (komunis Malaya) di Malaysia melalui proses perdamaian atau peletakan senjata.
            Bagi saya pula, berita perletakkan senjata parti komunis Malaya itu cukup melegakan. Ini kerana, saya dapat bayangkan keadaan negara khususnya negeri-negeri di zon utara pasti tidak akan aman berikutan gerakan baru yang mahu menuntut hak otonomi. Malah saya juga percaya ketika itu bukan sahaja gerakan pelampau Islam yang akan bertindak malahan mungkin juga amukan komunis atau saki-bakinya akan turut memburukkan lagi keadaan.
            Syukur, Alhamdulillah, Allah Taala sekali lagi menyelamatkan negara ini daripada kancah huru-hara selepas peristiwa 13 mei, 1969 atau kira-kira 24 tahun selepas itu.Selepas termaterainya perletakan senjata itu, kawasan seperti Sungai Siput Utara, Perlop, Lasah dan beberapa kampung orang asli di  situ bebas daripada peraturan 'perintah berkurung'. Lepas dan bebas hingga ke hari ini.
            Selepas peristiwa itu juga, saya berazam untuk menemui pejuang-pejuang komunis tersebut terutama Ching Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin bagi mengenali secara dekat apa sebenar yang diperjuangkan dan pelbagai cerita-cerita lain.
            Satu persatu juga orang rujukan saya seperti Pak Abu dan Pak Lop meninggal dunia. Saya semacam putus harapan dan akhirnya hasrat tersebut terkubur begitu sahaja. Pun begitu, saya tidaklah kesal kerana semuanya itu berlaku mungkin ada hikmahNya!



Jagindas:      Bulan lalu, kita dikhabarkan yang Ching Peng sedang bertarung sakit tenat. Sampai ke tarikh blogg ini ditulis tidak pula diketahui nasibnya. Entahkan mati, entahkan hidup atau  tenat memanjang menerima siksaan Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.