Khamis, 26 Julai 2012

JANGAN MAIN MERCUN!

GAMBAR HIASAN: gelap masa depan remaja ini

ELAK JADI O.K.U BUATAN SENDIRI

BIASANYA, masuk sahaja bulan puasa, pada hari pertama puasa sudah ada yang putus jari, pecah kepala dan macam-macam kecederaan lagi akibat bermain mercun buatan sendiri. Malahan ada yang sehingga meragut nyawa.
            Selalunya, peristiwa ngeri ini banyak berlaku di kawasan pantai timur. Namun pada puasa kali ini setelah enam hari berpuasa belum lagi ada berita seumpama itu berlaku dilaporkan. Alhamdulillah, baguslah. Nampaknya ibu bapa, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak semakin faham akan bahaya dan bahana mercun.
            Harap-harap kesedaran seperti ini biarlah beterusan dan bukan sahaja sepanjang bulan puasa malah biarlah sampai bila-bila. Kalau nak mati atau cacat sekalipun biarlah dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan dan bukan penyakit yang sengaja ditempah-tempah.
            Justeru, langkah polis mengetatkan kawalan kemasukan, penjualan dan pemilikan mercun di negara ini amatlah dialu-alukan. Bukan raya melayu sahaja, semua perayaan pun jangan bagi peluang. [sini] Jangan pulak ada tapi-tapinya...
RAMPAS....pelbagai mercun yang dirampas 
            Kalau boleh, semak balik undang-undang kita, kut-kut ada yang boleh kita jadikan hukuman mandatori kepada penjualnya kalau tidak pun hukuman mati, kenakan dia penjara 15 tahun ke atas! Kalau dia berniaga, batalkan lesen niaganya seumur hidup. Kalau dia berkenderaan, batalkan lesen memandunya seumur hidup dan rampas kenderaannya.
                  Kenakan denda sehingga 10kali nilai barang rampasan atau RM20,000 mana yang tertinggi.
          Nampak macam zalim. Pada mula-mula menguatkuasakan undang-undang memang orang akan kata begitu, tapi bila dah lama-lama dan nampak kesan positifnya, rakyat akan suka dengan hukuman semacam itu. Tapi, jangan masukan unsur politik, sudahlah..., mesti tak jadi punya!


Jagindas:       .... sebab ada yang jual, maka itu sebab ada yang beli! Jadi yang jual tu kita balun cukup-cukup dulu,  baru dia akai!   Tapi ingat.. jgn pulak anak penguatkuasa mewah bermain mercun.!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.