Khamis, 19 Julai 2012

MINTAK BUKTI

TUN MAHATHIR .... apa bukti saya diktator?

Tun M Diktator

Salah sebuah akhbar perdana hari ini memaparkan pertanyaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, yang meminta pelawat bloggnya, di http://chedet.cc, supaya menunjukkan bukti bahawa sepanjang pemerintahannya beliau adalah seorang diktator disini.
            Barangkali sebagai menidakkan dakwaan itu, Tun turut memberikan beberapa contoh pemimpin dunia terdahulu yang baginya lebih "keras" sikap pemimpin berkenaan terhadap rakyat berbanding beliau ketika memerintah dulu.
            Bagi saya, buat apa kita nak perbahaskan atau mengungkit-ungkit lagi kisah lama seperti itu. Kepada orang awam, Tun kini dah bersara dan tidak ada kaitan langsung dengan pentadbiran kerajaan sekarang yang diterajui oleh DatukSeri Najib Razak.
            Kalau saudara-saudara ungkit skalipun, ia tidak lebih dari melepaskan dendam dan amarah yang dulu-dulu terhadap beliau yang mana tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan perspektif minda  masing-masing.
            Begitu juga kepada Tun, cukuplah sekadar menafikan jika benar tuduhan itu tidak benar. Tak payahlah hendak minta-minta kemukakan bukti pulak. Buat apa hendak dipolimikan hal-hal seperti ini.
            Kalau ya sekalipun dakwaan itu, hendak buat apa? Masa dah berlalu, segala-galanya sudah menjadi sejarah. Dan, kalau tidak benar sekalipun dakwaan itu, hendak buat macam mana pula? Saman? Atau terus berpolimik di media-media? Untuk apa kesudahnya?
            Bagi saya bukan layak Tun nak melayan dakwaan seperti itu..Biarkanlah mereka meraban melayan nafsu mereka itu!

Jagindas:   Kadang-kadang budak-budak yang suka merengek-rengek nak itu nak ini, kita kena biarkan sahaja, jangan layan sangat. Lama-lama dia letih, diamlah dia atau tertidur terus....

1 ulasan:

  1. diktator beliau bertempat dan kerana sikap diktatornye juga org2 itu & yg ada sekrg terlalu biadap....Raja dilwn..undang2 disanggah..BANGSA berpecah belah, mntak itu, mntak ini. Kenyataan2 menyinggung, pda sya x ade pn masalah ini dizaman DR M....tak tau ler sya, pucuk atau akar yg lembik

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.