Buat Perangsang...
NAJIB..... Rakyat didahulukan.. |
MALAM tadi
selepas sembahyang magrib, saya dan keluarga sempat sama-sama menonton 'BERITA
TV'. Macam-macam cerita ada. Seronok ada, ngeri ada bahkan yang menakutkan
pun ada. Habis sahaja berita, kami sekeluarga makan malam. Sambil-sambil makan,
macam biasa saya akan memberikan nasihat dan perangsang kepada anak-anak.
Saya bercakap tentang pendidikan,
masa depan negara, politik dan ekonomi. Dalam sembang-sembang itu, saya bagi
tau anak saya kalau dia mahukan motosikal yang baru, dia kenalah tunjukkan kecemerlangannya
dalam pelajaraN untuk semester ini.
Tapi sebaliknya dia mencadangkan supaya
saya membelinya sekarang juga. Katanya, pemberian piano baru itu nanti boleh
jadi perangsang kepada dia untuk belajar lebih kuat lagi.
"Kalau kamu buat sambil lewa
kemudian dapat keputusan tidak bagus, macam mana? Takkan ayah nak jual balik
motosikal tu, tentu akan jadi lain
ceritanya pulak?", saya cuba pusing pandangan dia.
"Ayah ni, hari-hari tengok
berita pun tak faham-faham lagi ke? Cuba ayah contohi Datuk Seri Najib, pilihan
raya tak tau bila lagi, tapi dia dah bagi macam-macam kepada rakyat. Bukankah
itu sebagai perangsang untuk orang lebih kuat berkerja untuk kerajaan?"
"Kalau BN ditakdirkan kalah
nanti, tak kan lah Najib nak mintak balik kut?", anak saya pulak cuba
pusing minda saya. Budak form six,
dah matang. Biasalah..
Jagindas: Saya cuma jawab: Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.