Pasaraya Malapkan Masa Depan Pekedai Runcit
ANTARA PASARAYA yang popular sekarang
KALANGAN pekedai runcit di kampung-kampung dan pekan-pekan kecil
mengeluh berikutan perniagaan mereka
merosot sejak akhir-akhir ini berikutan wujudnya beberapa pasaraya besar yang menawarkan pelbagai
pilihan serta harga yang lebih murah seperti Pasaraya Maidin, Tesco dan Giant.
Menurut mereka, kesedaran pengguna
terhadap dasar berjimat cermat dan nilai wang semasa berbanding barangan
keperluan yang hendak dibeli menyebabkan mereka kini lebih berminat memilih
pasaraya besar seperti itu untuk membuat stok di rumah masing-masing berbanding
membeli barangan keperluan secara harian di kedai runcit tempatan.
Sehubungan itu, mereka berkata sejak
kebelakangan ini perniagaan pekedai runcit mengalami penurunan ketara namun
belum sampai ke peringkat kerugian besar.
"Pada awal bulan orang ramai
lebih gemar membeli borong barang keperluan harian di pasaraya seperti itu untuk
simpanan kerana ia lebih murah berbanding membelinya secara harian di
kedai-kedai runcit.
"Manakala kami pekedai runcit
tidak mampu menandingi harga yang ditawarkan oleh pasaraya berkenaan kerana
adakalanya kami juga mendapatkan bekalan daripada pasaraya terbabit apabila ia
menawarkan harga yang lebih rendah pada satu-satu masa," katanya.
Tinjauan kulukelio.blogspot.com ke beberapa kedia runcit sekitar Batu Gajah,
Manjoi, Kampar, dan Bota, mendapati keadaan kedai runcit di situ tidak sesibuk
tahun-tahun lalu terutama pada musim bulan puasa berikutan ramai kalangan
penduduk menumpu ke pasaraya pada awal dan pertengah bulan bagi mendapatkan
stok barangan keperluan.
Seorang peniaga yang hanya mahu
dikenali sebagai Mamat, berkata dia sekarang tidak perlu lagi membuat buku
kira-kira harian disebabkan perniagaannya kini amat merosot berbanding sebelum
wujudnya pasaraya besar di sekitar tempatnya berniaga.
"Sebagai contoh, bayangkan pada
satu-satu ketika harga sebiji epal boleh mencecah lima sen sebiji...",
katanya yang bimbang pendapatan hariannya sekarang dikhuatiri tidak mampu
membayar balik pinjaman bank.
Jagindas: Inilah yang dinamakan menang-menang. Kerajaan memikirkan kepentingan
rakyat secara keseluruhan, namun pada masa sama peniaga-peniaga marhain juga
diharapkan tidak gulung tikar. Syyyyyyy..... jangan lupa bayar zakat ye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.