Sabtu, 25 Ogos 2012

BENARKAH UMNO KELIRUKAN HUDUD?


BERIKUTAN DAKWAAN UMNO TIMBULKAN SALAH FAHAM
datok harun taib
Saya telah meneliti surat Tun Dr. Mahatihir (Datuk Seri Ketika itu) kepada Tn Haji Nik Aziz, MB Kelantan mengenai penolakan kerajaan pusat terhadap hukum hudud yang diperjuangkan PAS yang akhirnya polimik tersebut mengheret PAS mendakwa UMNO adalah bertanggungjawab menyebabkan rakyat jadi keliru. [BERITA DI SINI] DAN [SUMBER DI SINI] 
            Saya dapati dalam kandungan surat itu tidak ada perenggan atau baris-baris ayat yang mengelirukan melainkan dengan sengaja menyalahtafsirkannya kerana minda pembacanya sudah membuat set-up terlebih dahulu bahawa apa sahaja yang dikatakan oleh Tun memang tidak betul.
            Kalau dibaca dengan fikiran terbuka, rasional dan menolak faktor-faktor kebencian peribadi, adalah jelas surat berkenaan hanya bermaksud dan menerangkan yang hukum hudud PAs itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini berikutan ia tidak seimbang dengan kedudukan negara yang mempunyai rakyat yang majmuk, berbilang bangsa da budaya.
            Penolakan Tun itu adalah lebih kepada menjaga keharmonian dan keadilan semua pihak. Contoh yang amat jelas adalah hukuman jenayah sivil hendaklah dikenakan ke atas semua pelaku tidak mengira bangsa dan agamanya.
            Demikian juga dalam hal kesediaan menuntut kehadiran saksi-saksi yang adil dalam kes-kes tertentu seperti zina, khalwat dan rogol. Bagaimanapula kalau si perogol adalah mandul atau yang di rogol juga mandul atau ketika itu benih masih belum boleh bersenyawa? Apakah mangsa rogol hanya boleh dikatakan membuat fitnah?
            Nah, di sinilah manusia perlu juga merujuk kepada faktor sains sepeti semakan DNA dan perakuan doktor ke atas mangsa yang sewajarnya diterima sebagai bahan bukti yang mana ia tidak terkandung dalam hudud PAS. Itupun kalau kita mahu menegakkan keadilan hukuman.
            Berdasar kepada hukum hudud PAS, sepatutnya DAP wajar mempersetujuinya kerana ia tidak membabitkan agama lain (bangsa lain yang bukan Islam). Namaun sebagai pengamal undang-undang yang melihat keadilan dan ketelusan, makanya tidak hairanlah Karpal bertindak demikian manakala pemimpin DAP yang lain terus membisu.
            Begitu juga ketika ini, undang-undang mahkamah syariah masih belum dikatakan adil dalam menjatuhkan hukuman sesuatu kes misalnya dalam kes zina dan khalwat pasangan Islam dengan bukan Islam. Setakat hari ini hanya pasangan yang Islam sahaja yang dikenakan hukuman syarie manakala yang bukan Islam dilepaskan begitu sahaja.
            Justeru, hukum hudud memang boleh dilaksanakan di mana-mana negara Islam namun ia hendaklah disesuaikan dengan kepentingan dan keadilan semua pihak dengan mengambil kira faktor-fator globalisasi, saintifik dan pemodenan manusia. Ada sebahagian yang terkandung dalam quran dan hadith sebagai sesuatu yang mutlak manakala sebahagian yang pula adalah berdiri sebagai garis panduan. Maka, manusia yang menjadi khakifah di dunia ini hendak mengenalpastinya denga jelas berdasarkan perkembangan sezaman dengan tidak merobah maksud-maksud hakiki yang diperturunkan oleh Tuhan (Allah swt).

Jagindas:  ada yang kuat sembahyang,  kuat berpuasa, berdoa, berzikir dan bersedekah tepai masih juga memeluk amoi di Siam, main nombor ekor dan berjudi. Macam mana ni?


1 ulasan:

  1. mengkritik dan menyalahkan orang lain adalah antara kerja yang paling senang.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.