Memesongkan Akidah ?
Apabila Tun Mahathir berkata adalah lebih baik memilih syaitan yang anda
kenali daripada malaikat yang anda tidak kenal, ulamak PAS terus membidas
sehingga ada yang meminta supaya Tun segera bertaubat berikutan kenyataan
seperti itu dikatakan merosakan akidah dan diri pengucapnya termasuk orang-orang
yang menyetujuinya. di
sini dan di
sini
Tuan Guru Nik Aziz yang juga
Menteri Besar Kelantan yang pernah mengungkapkan kalimat-kalimat mengelirukan
umat Islam sebelum ini, antara lain "manusia boleh berkawan dengan syaitan jika
syaitan mahu membantu atau bersifat menolong", turut mempersoalkan
kenyataan Tun itu. (klip video)
Ihsan dari blog MediaTerengganu
“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia,
sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar
kerana kejayaan godaan syaitan,”
katanya.
Maknanya,
Nik Aziz tahu bahwa sebaik mana tingkah
laku syaitan itu, ia tetap syaitan dan seruan serta pertolongannya tetap dan
kekal menjurus ke neraka! di
sini
Kekeliruan
ini timbul dipercayai salah faham penafsiran dari sudut bahasa dan terhadap
perumpamaan inggeris yang menyebut: 'Better the
devil you know than the angel you don’t'
Seperti dalam beberapa perumpaan Melayu,
terdapat juga yang bercanggah dengan Islam jika diucap dan ditafsirkan pengertiannya
secara terus. Misalnya, biar mati
anak asal jangan mati adat. Jika kalimat ini bukan peribahasa atau
perumpamaan, bolehkah ia diamalkan dalam Islam? Dan, apakah hukumnya pula jika
orang Islam mengamalkannya?
Jawapannya tentulah tidak kerana kalimat tersebut hanya bermaksud
betapa kerasnya tuntutan menjaga adat seolah-olah melebihi daripada menjaga
anak sendiri.
Demikian juga pengucapan Tun dalam
konteks ini adalah bersifat perumpamaan atau peribahasa. Namun, dalam hal Nik
Aziz mengatakan bahawa kita boleh menerima syaitan kalau dia hendak menolong
(tonton klip video di bawah), adakah ia lafazkan dalam kontek perumpamaan juga?
Kerana, dalam membidas isu Tun itu, Nik Aziz menjelaskan pula betapa dahsyatnya
perangai syaitan.
Kalimat Nik Aziz jelas sebagai fatwa
peribadinya kepada pengikut partinya malah khalayak umum yang tidak cukup akal
dan lemah ilmu agamanya juga terpedaya dengan ungkapan tersebut. Padahal, tidak
terdapat dalam Quran dan Hadith yang menyebutkan dengan jelas mahupun
terselindung bahawa manusia (orang Islam khussusnya) boleh atau dibenarkan
berdamping dengan syaitan.
Malah, jika kata-kata Nik Aziz itu
diambilkira sebagai diterima pakai, maka akan ke nerakalah Nik Aziz serta orang-orang
yang mempercayai kalimat dan mendampingi syaitan kerana Allah Taala telah
bersumpah yang sayaitan adalah kekal menjadi ahli neraka! Adakah terjumpa dalil-dalil yang menyebut
syaitan menyeru manusia ke syurga? Bagaimana pula kenyataan yang menyebut
"Sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga".
Justeru, Nik Aziz lah yang perlu
bertaubat kerana ungkapannya itu tersasar
terus daripada apa yang dijelaskan oleh Allah. di
sini
Jagindas: Dalam satu kitab tua menyebut: "adapun
sunat berbuka puasa itu di atas sebiji tamar". Maka, seseorang yang jahil
bahasa telah berbuka puasa dengan duduk di atas sebakul tamar demi mendapatkan lebih
banyak pahala sunatnya .... macam itulah agaknya mereka yang menyanggah
kata-kata Tun ketika menyebut terjemahan perumpamaan inggeris tersebut.
(masyaAllah! ya mu'allim sekelian, itulah yang dikatakan laras
bahasa)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.